Followers

Tuesday, 4 July 2017

SaLaM AiDiLFiTRi 2017

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ


Assalamualaikum sahabat blog yg dikasihi..sedaq tak sedaq hari ni dah 10 Syawal..baru sempat nak ucap Salam Aidilfitri 2017, Maaf Zahir dan Batin dari kami sekeluarga..

Macam besa..tak byk yg berubah sambutan lebaran kali ni..malahan lagi x ckup masa dr tahun2 sebelum ni..baju raya aku pun siap hari raya pukul 3 pagi..kami sekeluarga berpeluang menyarung baju raya pada pukul 8.30 malam hari raya pertama..baru sempat keluar beraya ke rumah mak ayah pada pukul 9.00 mlm dan rumah ibu mertuaku pada jam 10.00 mlm..lepas solat raya dah penuh dgn kunjungan keluarga,jiran2 dan sahabat handai..

tahun ni aku x beli langsung kuih raya sbb terlupa..mana tak nya, kalut siapkan tempahan baju orang..ptg raya sempat jugak buat sejenis dua..semua kuih clear raya ketiga...


~
~

Hari Raya Pertama

 gambaq raya pukul 8.30 malam sebelum kluaq beraya ke rumah mak

x dak cameraman..so, pandai2 la nak hidup

yg ni gambaq kat rmh mak..ada camerawoman tlg snap

 ~
~
Hari Raya Kedua

 ni gambaq raya kedua kat rumahku..sampai ke dapoq full..tiap kali raya, aku mmg lupa nk snap gambaq org mai rmh..ni pun org lain yg snap..klu tgk muka aku time ni kalah bibik rmh jiran sebelah..hehe..


 menu hari kedua nasi beriani + kambing masala + ayam masak merah, mee rebus dan kek marble bersusu..hari kedua pun mmg bertapa la kat rumah..

~

Hari Raya Ketiga

hari ketiga bermenukan laksa utara dan jugak kek marble bersusu..kek marble ni aku bakaq sehari sebijik..mmg licin sebijik setiap hari..total smua kek marble aku 5 bijik utk raya tahun ni..mlm aku akan bakaq sebijik utk hari esoknya..kek ni paling simple dan yummy..gambaq utk hari ketiga mmg x dak..

~
~

Hari Raya Keempat

hari keempat, sessi bergambaq utk famili sblh aku sbb semua 5 beradik ada di sini...bukan senang nak berkumpul 5 beradik kami memandangkan adik yg keempat ni jarang pulang ke sini..memandangkan tugasnya sbgai nurse dan husband plk seorang soldier (di kuantan)..dia ni paling jarang dpt cuti..

  akhirnya dapat jugak kami bergambaq berlima bersama mak dan ayah..Alhamdulillah...

 kemeriahan raya keempat ni dikongsi dgn kehadiran makcik,pakcik dan maksu..makin ramai la jadinya..

 yg ni gambaq kami berlima bersama mak dan ayah dan anak masing2..jumlah cucu mak dan ayah 9 orang dah..

~
~

Hari Raya Kelima

 hari kelima baru la sempat beraya di rumah tokcik di kubang Semang..kami empat beradik dan famili masing2 dgn mak dan ayah..adik aku dh lepas blk ke kuantan semalam..dah start keja dah pun..komitmen sbgai nurse mmg tinggi..

 ni rumah tokcik aku di kubang Semang..rumah kampung yg masih menggunakan bekalan ayaq telaga..mmg best la..smuanya antik kat sini..time ni la baru aku rasa suasana beraya sbb kat sini mmg betoi2 kampung..rumah pun semua papan dan x ada rumah bawah..nak naik tangga mmg seram gila..

lesung kaki dan pengisaq pun dok ada lagi..

 possing ala-ala model gitu..

~
~

Hari Raya Keenam

hari raya keenam baru sempat mengunjungi ayah angkat di Alor Pongsu..memandangkan esoknya adik angkat nak angkat nikah dan bersanding di Kota Kuala Muda..seperti biasa, aku kena buat bekas duit mas kahwin...
~
~

Hari Raya Ketujuh

raya ke tujuh..pagi2 lagi dah bertolak ke Kota Kuala Muda sebab akad nikah pkl 11 pagi..

 mas kahwin RM 1,054.00 dan sebentuk cincin

 Alhamdulillah..dengan sekali lafaz, selamat dah bergelar husband n wife..tahniah..

anak dara kami..

 anak teruna kami..

 sebelum balik sempat possing kat belakang rumah pengantin..

balik dari kenduri kami singgah di pantai merdeka..mmg marbeles pekena ais kacang Gunung jerai..

 ABC Gunung Jerai

Alhamdulillah...complete sudah seminggu berhari raya..sgt2 best kali ni coz cuti sampai 10 hari..raya sakan..kita tggu open house plk..puasa 6 jgn lupa yer..


akhir kata..Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf zahir dan Batin kepada semua..semoga Ramadhan dan Syawal ini memberi keberkatan kepada kita semua..Insyaallah..



Wassalam..



Teratak Qaseh Humaira









Wednesday, 21 June 2017

PuDiNg BuAh CoCktAiL



Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ


Assalamualaikum sahabat yg dikasihi..salam 26 Ramadhan..sedaq tak sedaq kita dah sampai ke hujung Ramadhan..betapa cepatnya Ramadhan berlalu meninggalkan kita..

Alhamdulillah..tempahan baju raya untuk tahun ni siap sepenuhnya..so, banyak la masa yg ada untuk diisi dengan benda lain pulak..bila bulan puasa, aku mmg x boleh dipisahkan dengan agar-agar atau puding..setiap hari pasti akan ada agar-agar menemani time berbuka..hari ni nak share resepi puding buah koktail...


 Puding Buah Cocktail

Bahan-bahannya:
1 bungkus agar-agar tali 20 gram
900 ml air
1 tin koktel buah-buahan
1 tin susu cair
1 1/2 cawan gula pasir
1 helai daun pandan
sebutir gula batu

cara-caranya:-

1. Basuh agar-agar dan rebus bersama air sehingga larut.
2. Kemudian masukkan gula pasir, daun pandan dan buah-buahan koktel beserta airnya sekali.
3. Masukkan susu cair dan masak atas api yang perlahan 2 hingga 3 minit.
4. Tuang dalam loyang dan sejukkan.

p/s: gula batu bertujuan untuk mengelakkan puding dari berair.



Sekian..Wassalam



Teratak Qaseh Humaira





Tuesday, 30 May 2017

SaLaM RaMaDhAN 1438




Assalamualaikum..Salam Ramadhan 1438 kepada semua sahabat blog yg dikasihi..semoga kita semua mendapat Keberkatan dan Keredhaan Allah di bulan yg mulia ini..

sedar tak sedar begitu cpt masa berlalu meninggalkan kita..Alhamdulillah hari ni dah masuk hari yg keempat kita berpuasa..mudah-mudahan kita semua dpt menjalani ibadah puasa ini dgn sempurna..


puasa kali ni beruntung coz jatuh time cuti sekolah..dpt la meringankan beban seorang ibu menguruskan anak2 selama 2 minggu..lps tu bkk sekolah x brapa hari, cuti raya plk..mmg best laa kann..jalan pun x jem nak mai opis..

masuk ja Ramadhan, makanya tugas sampinganku sbg seorang "tailor"  mmg sgt terkesan..mujuq la tahun ni aku x trima byk tempahan..x brp nak kelam kabut sgt..rasanya thn depan nak stop blk..hehehe..nak juai semekut raya pulak..

apapun bidang yg kita ceburi, moga kita sentiasa di Redhai Nya..Amiin...


Wassalam...



Teratak Qaseh Humaira


Monday, 22 May 2017

LaMaNyA MeNyEPi...

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Assalamualaikum..terasa betapa lamanya x menaip kat sini sampaikan dah x tau nak mula dari mana..bulan yg agak busy dgn mcm2 benda yg berlaku..

entry hari ni dimulakan dgn kejadian pada Cuti 1 Mei (Hari Pekerja)..anak bujang cheq jatuh moto..cedera yg agak teruk di bahagian lutut yang menyebabkan MC selama seminggu..terpaksa berjalan dgn bantuan tongkat..

masa gambaq ni di snap, kami sekeluarga bersama emak dan ayah berada di Puchong Selangor menghadiri majlis perkahwinan sepupu..akibat daripada perjalanan yg jauh, kaki dia menjadi lebih teruk time balik tu..

 berkumpul ahli keluarga kat kenduri ni..kakak dari Melaka dan dan kami dari Perak..time ni la nak berkumpul pun kan..


bertolak pkl 8.30 pagi dari parit buntaq dan sampai balik ke parit buntaq pkl 7.45 malam..time pi mmg cepat, 3 jam saja..tp time blk amik masa 5 jam coz terpaksa berhenti merata disebabkan kaki anak bujang semakin teruk..balik tu kena sambung MC lagi 2 hari..setakat hari ni luka kaki belum pulih sepenuhnya..tapi dah mula kering..dah boleh berjalan macam biasa..dah boleh menyarung seluar panjang tanpa mengenakan balutan..Tp, solat masih lagi menggunakan bangku..Alhamdulillah..

 Kursus ISO di Kompleks Kehakiman Syariah, Penang

kesibukan bersambung dengan Kursus Kefahaman Keperluan Standard, Dokumentasi dan Audit Dalaman MS ISO 9001:2015 di HQ Jalan Batu Gantung Penang selama 3 hari mulai 15,16 dan 17 Mei 2017..kursus yg sgt stress coz terpaksa menghadap jem selama 3 hari..sampai ke rumah yg agak lewat dari biasa..tp sgt bersyukur kerana pada mulanya kursus ni sepatutnya bermalam di INTURA tetapi terpaksa cancel  berikutan permohonan peruntukan perbelanjaan tidak diluluskan oleh JKNPP..Alhamdulillah..

dalam kesibukan berulang ke kursus, terpaksa jgk memenuhi permintaan anak2 yg menyambut hari guru minggu tu jgk..humaira pada 16 Mei manakala muhamad pada 17 Mei.. balik kursus terus terjah mencari coklat dan bunga utk buat chocolate bouquet..lani kan trend benda alah ni..gubahan ni mmg simple ja coz masa yg ada sgt terhad..mana letih baru blk kursus dgn kena tidoq awai sebab nak kena kluaq rmh awai esok meredah jem p penang..

yg ni utk abang..

 yg ni utk adik..yg adik punya kecik skit saiz dia coz takut rosak sementara nk sampai kat tgn cikgu..hehehe..

Lawatan daripada Jabatan Penjara Kajang

Tanggal 18 Mei bersambung dgn kesibukan lawatan penanda aras EKSA oleh Penjara Kajang ke opis MRSSPS..persiapan makan dan minum mmg kami yg aturkan..bancuh ayaq sendiri..cuma makanan ja order dari luaq..pinggan, cawan dan garfu mmg x byk kat opis coz kami hanya 8 org kat sini..terpaksa bwk cawan dan alatan lain  dari rumah sorang skit..

 Cenderahati daripada Jabatan Penjara Kajang


Alhamdulillah..minggu ni kurang skit sibuknya..tp ada
Pertandingan  Shitsuke @ Workstation &  Pertandingan Bilik Stor & Inventori Paling Sistematik pada 24 Mei ni ...so, terpaksa buat persediaan menghadapi pertandingan ni pulak...
Minggu depan dah Ramadhan..aktiviti pun kurang..mgkin aku berkesempatan utk update blog ni...Insyaalllah...

bila Ramadhan tiba, makanya aku akan byk bercuti utk menghabiskan tempahan baju raya customer..dah x byk sebenaqnya coz aku x ambik byk tempahan kali ni..mgkin tahun depan akan stop blk ambik tempahan memandangkan semangat aku utk terus menjahit semakin merudum..dah cemuih agaknya...mgkin faktor usia jugak...
  sekian untuk kali ni..doakan agar aku diberikan kesihatan yg baik utk meneruskan tugasan sbgai isteri, ibu, penjawat awam dan hambaNya..Amin Ya Rabb...

Wassalam...