Assalamualaikum....wahhhh.....ce tgk mata....haa dah tukaq kale biru plk....hehehe...angin western dah mai....nak share homemade lasagna yg aku buat semalam...bahan dah lama terperap dlm fridge...mood nak membakaq tu agak kurang sikit coz mggu ni cuaca agak muram dgn tibanya musim hujan yg berpanjangan....bukan takat cuaca ja lembab, dgn aku2 skali pun lembab....
ntah mcna yer, smlm terbukak fridge tgk fresh milk due datenya next week...so, elok lah aku teruskan niat murni ku utk bakaq lasagna yg dh lama dok landing dlm cabinet tu....
HOMEMADE LASAGNA
Bahan-bahannya:-
Inti daging
1 ulas bawang bear (didadu)
3 ulas bawang putih (didadu)
1 kotak lasagna segera
400g daging cincang
1 tin sos Spaghetti Prego
3 sudu sos cili
1 tin cendawan butang (didadu)
serbuk lada hitam
serbuk oregano
Topping
keju mozarella
keju parmesan
Sos Putih
2 sudu tepung gandum
1/2 ketul mentega
1/2 ketul keju cheddar
600ml susu segar
Cara membuat inti daging:-
1. celur lasagna sekejap bersama sedikit minyak masak untuk melembutkan teksturnya. ketepikan.
2. panaskan sedikit minyak zaitun. tumiskan bawang merah dan bawang putih smpai wangi.
3. masukkan daging cincang dan kacau sampai daging berubah warna.
4. masukkan sos prego. kacau lagi sampai sebati.
5. masukkan sos cili. pastu masukkan serbuk lada hitam dan oregano.
6. dah mendidih masukkan plk cendawan butang.
7. perasakan dgn garam.
8. masak smpai pekat. ketepikan.
Cara membuat sos putih:-
1. cairkan mentega.
2. masukkan keju cheddar. kacau sampai cair.
3. masukkan plk susu segar. kacau sampai mendidih.
4. perasakan dgn sedikit saja garam.
Cara melapis lasagna:-
1. griss loyang dgn mentega.
2. susun kepingan lasagna yg telah dicelur sampai menutupi keseluruhan bahagian bawah loyang.
3. letakkan plk inti daging sbg lapisan kedua. lapiskan sampai menutupi seluruh kepingan lasagna tadi.
4. tuangkan sos putih sebagai lapisan ketiga. pastikan sos putih menutupi keseluruhan inti daging.
5. taburkan keju parmesan dan mozarela sbg lapisan keempat.
6. ulang balik proses di atas mcm buat kuih lapis tu kann...terpulang la berapa lapis yg kita nak buat.
7. yg penting, lapisan paling atas sekali tu elok la taburkan keju mazarela byk sikit. baru best.
8. bakar dlm oven guna api atas bawah selama 40 minit dgn suhu 180c. nak tau dah masak atau x senang ja...tgk warna keju dah tukaq perang tu kira masaklah yer....
Bahan Utama:- Instant Lasagna
Bahan-bahan lain
lapisan atas yg dah ditabur keju mozarella...
haa....mcm ni dah kira masak dah ler....
tu dia...sat ja dh tinggai setengah...masa tgh panas keju melimpah ruah....nyum...nyum....delicious...habis la program diet ku.....hehehe...
wassalam....
No comments:
Post a Comment