Followers

Thursday, 29 August 2013

Kek Batik...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum....hari ni nak share resepi kek batik caraku....x pernah lg aku upload dlm blog resepi kek nih...tp, memandangkan ramai yg dok sms tya aku resepi kek nih time raya td, hari ni aku upload resepi dgn cara dia sekali...jenuh jgk la aku menaip sms buat teman2 yg tertinggal resepi kat opis......panjang bebeno....lotih den....



KEK BATIK

600g biskut marie (original)
1 ketul butter
6 biji telur
3 sudu besar serbuk koko
1 cawan milo
½ cawan nestum
1 tin susu pekat
2 tin air suam


Cara-caranya:-

1.  Pukul telur sehingga kembang. 
2.  Bancuh serbuk koko, milo, nestum dan susu pekat dengan 2 tin susu air suam. 
3.  Selepas semua adunan tadi sebati dan tidak berketul...masukkan butter dan telur.    
4.  Kacau di atas dapur dengan api sederhana sehingga betul-betul pekat. 
5.  Setelah pekat....tutupkan api. Masukkan biskut marie yang telah di patah 4.
6.  Gaul sehingga rata dan sebati.
7.  Sapu loyang dengan sedikit butter supaya tidak melekat. 
8.  Masukkan adunan yang telah sebati tadi ke dalam loyang. 
9.  Tekan adunan sehingga betul-betul padat. 
10. Simpan di dalam peti sejuk (6 jam). Nak lg cantik, 10 jam). Dah keras boleh lah ngapppp....


 ni cara aku utk mendapatkan susunan batik yg cantik dan sekata bila dipotong
 potong plastik dan tekapkan pada atas kek...ratakan dengan tangan anda untuk mendapatkan tekstur kek yg rata dan padat.

klu search kat enternet, mcm2 versi resepi kek batik nih...terpulang pada diri sendiri nak pilih yg mana 1 idaman kalbu....yg penting, usaha kita utk majukan diri sendiri...mcm pepatah melayu lama "nak seribu daya...x nak seribu dalih..."




wassalam....




No comments:

Post a Comment