Assalamualaikum..entry hari ni about Seminar Kesihatan Jantung "The Incredible Heart" semalam di Auditorium 'A' KOMTAR anjuran PSUKPP. Kali ni aku tidak kesunyian. Perjalanan menuju ke KOMTAR kali ni ditemani dengan 3 jelitawan SPS iaitu Kak Ta, pidah dan sue..
barisan Jelitawan SPS
perkara wajib bila p kursus or seminar of coz la goodies bag..klu ada bag mmg sengih smpai telinga..nak buat mcmna, dah namanya pun perempuan..
seminar kali ni kami jadi makmum saf hadapan coz tempat tu ja yg kosong..nk mengulat mmg x dak chance la..automatik mata aku pun terbuka dgn luasnya..Alhamdulillah..
semua peserta pakat dok isi borang kajiselidik kesihatan yg dibekalkan oleh Hospital Penang..
seperti biasa, bila sebut ja seminar kesihatan, of coz la akan ada pemeriksaan kesihatan..smua kena buat test ni..ukur BMI, tekanan darah dan gula..
tudiaa...pakat beratoq nk tggu giliran..bayangkan 250 org peserta smuanya yg ada semalam..dekat sejam jgk la nk siap..tu pun ada peserta yg lari balik mcmtu ja..
Sue tgh tggu giliran..siap buat peace lagi tu haa...Kak No dgn Prema pun ada sama...
part ni jgn crita..smua pakat jamu mata melihat keindahan ciptaan Yang Maha Esa..punya maneh Encik M.A. (yg duduk pegang pen tu ya..bkn yg berdiri tuu..) smpai ramai golongan wanita yg kena kencing maneh semalam..hehehe....
tadaa...ni result aku..tapi agak ralat sbb xdak ujian kolesterol..Alhamdulillah, so far so good buat masa ni..mudah-mudahan akan terus diberi kesihatan yg baik oleh Yang Esa...Amin Ya Rabb..
Dr. Luah Lean Wah-pakar Perunding Anestisiologi Hospital Penang (pakar bius)
Sessi kedua menyentuh tentang Simulasi "AED"..apa itu "AED"..? ni pun 1st time aku tau apa benda "AED" ni walaupun bln lps aku dah nmpk benda ni kat Penang Airport..tp x tau apa nama benda ni..dalam Malaysia ni, cuma ada kat Penang..tu pun 11 unit sahaja..kat negara membangun lain ada smpai puluh ribu biji "AED"..
ni "AED" nya..klu korang perasan kat Tingkat 3 KOMTAR dekat dgn escalator tu ada 1 "AED". warna kuning x salah..harga sebijik RM 10K..
nanti ada masa aku story psl kegunaan AED ni yer..takat ni dulu entry kali ni..jmpa lagi klu ada story yg best nnt..
wassalam..
Teratak
Qaseh Humaira
No comments:
Post a Comment