Followers

Monday, 24 June 2013

Salam Nisfu Syaaban

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum....Salam Nisfu Syaaban  kpd semua....bila dh smpai ke tarikh ni bermakna Ahlan Wal Sahlan Ya Ramadhan ...mudahan kita dipanjangkan umur agar dpt sama2 bertemu dgn bulan yang mulia ini.... kerana belum tentu kita dpt bertemu dgn bulan yg penuh keberkatan ini pada tahun2 yg mendatang...

hari ni nak share amalan2 pada bulan Syaaban...sekadar renungan utk kita bersama....ingat mengingati sesama kita...

KELEBIHAN MALAM NISFU SYAABAN
Antara kelebihan malam Nisfu Syaaban  ada disebutkan di dalam beberapa hadis. Di malam Nisfu Syaaban juga adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Allah menjenguk datang kepada semua makhlukNya di malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan. (Riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah.(Riwayat Baihaqi).

MENGHIDUPKAN MALAM NISFU SYAABAN

 "Apabila datang malam nisfu syaaban, maka hiduplah malam tersebut dan berpuasalah di siang harinya. Kerana ketika itu, ALLAH turun ke langit dunia pada malam tersebut mulai dari tenggelamnya matahari. ALLAH Ta'ala berfirman: "siapa sahaja yg meminta keampunan, Aku akan mengampuninya. Siapa saja yg meminta rezeki, Aku akan memberinya. Siapa saja yg ditimpa kesulitan, Aku akan membebaskannya. Siapa pun yg meminta sesuatu, Aku akan mengabulkannya hinnga terbit fajar". 
Rasulullah s.a.w bersabda: : Barang siapa yang mengingatkan sesama tentang kedatangan bulan ini, maka api neraka diharamkan baginya"


AMIN...YARABBALA'LAMIN


No comments:

Post a Comment