Followers

Tuesday 28 March 2017

JoM BeR ShEllOut Di D' PaRaDiSe

D' Paradise Cafe & Restaurant

Assalamualaikum kawan2. Lama dah kiranya Cheq x sempat nak update blog. Kekangan tugas sebagai penjawat awam, ibu dan isteri membataskan masa untuk beramah mesra kat sini. Bila sekolah bercuti, mood kita pun bercuti sama.

Hari ni nak share tentang shellout di D' Paradise Taman Wawasan sederet dengan Bank Muamalat dan KFC baru yang dekat Longwan tu. Dah lama pun restoran ni bukak. x silap aku bulan puasa last year. Tapi aku baru 1st time ambush hujung minggu lalu. Orang dok cerita pasai kesedapan shelloutnya. Bila lalu ja sini mmg aku tgk kedai sentiasa penuh. Dekat ja pun dgn rumah aku. Kami p naik 3 bijik moto. Satu moto 2 org. Tak sempat nak sembang dah sampai. Lintas jalan ja pun..hehe..

tudia..set yang kami amik ni combo B..RM 82.00 + 4 nasi putih

tapi kami tmbah nasik putih lagi 2. Macam2 harga ada. Ikut kemapuan masing2. Ada set single nasi putih dan shellout harga RM 10. Ada kombo A shellout + Nasik Putih 2 berharga RM 42.00. Bab nasik hampa jgn risau. Boleh mntak tmbah berapa pun yang hampa nak. Kami pilih yg combo B-RM 82.00 coz kali ni aku bwk bersama Ibu mertua dan adik ipaq skali.

adik ipaq aku ni mmg suka bab selfie ni..

kat sini ada 2 pilihan menu shellout iaitu shellout masak cili or black paper. Kami try yg masak cili. Honestly nak ckap, mmg sedap sgt dan x pedas. Aku yg x berapa gemaq mkn siput pun jadi terus suka sebab kuah kat sini ni mmg mabeles. time depa hidang tu mmg nmpk mcm byk sgt, takut x habis makan. At last, licin selicinnya.

shellout ni ada ketam, udang, sotong and of coz la siput sbb dah namanya pun shell kan.. mmg x rugi cuba..rasa sekali pasti nak p lagi..hehehe..

 semangkuk nasik ni mmg dah ckup..x kan tambah punya la sebab kita akan kenyang meratah mcm2 lagi yg ada tu..

amacam..? tergoda x iman hampa..?

 time ni pkl 8.30mlm..tp meja dah full smpai luaq.. klu hmpa nak mai kena awai no..

  Bos tgh settle payment..hehehe..


D' Paradise ni bukak jam 5.00 petang sampai 12.00 tgh mlm. Boleh booking dulu 011-32207961 dan cuti setiap hari Rabu ya kawan2.

sampai hari ni anak2 aku dok ajak p mkn lagi..uishhh..boleh reban poket..hehe..Inshaallah klu ada rezeki mmg aku nak p lagi bwk mak n ayah plak lps ni..

sekian untuk hari ni..


wassalam..



Teratak Qaseh Humaira






Friday 10 March 2017

HaRi WaNiTa PeRiNgKAt NeGeRi PuLaU PiNaNg

﷽‎ 


Assalamualaikum..salam hari Jumaat yang mulia..entry hari ni berkisar tentang "Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Pulau Pinang" yang berlangsung pada 7 March 2017 di Dewan Millenium Kepala Batas.

Alhamdulillah, aku mewakili pihak jabatan dan juga Puspanita SPS pada kali ni. Program ni dirasmikan oleh Y.A. Bhg.Toh Puan Dato' Seri Utama Hajah Majimor binti Shariff .

Puspanita setiap daerah diwajibkan untuk bukak booth jualan. Kami selaku wakil Puspanita SPS turut serta memeriahkan lagi majlis.

 booth Puspanita SPS

jom kita jamu mata tgk apa yang kami bawak pi Dewan Millenium Kepala Batas. Dalam banyak2 booth, booth kami yg plg byk produk. Mana tak banyaknya, kami import tokei2 SPS bwk mai sini..hehehe...

antara barang jualan kami...
^
^
^
^
tadaaa...penuh meja
 baju baby
 kek, keropok lekor cheese dan sos pencicah
 Produk Mary Kay, shampoo santan dan kain cotton Vietnam
jubah, baju moden, blouse dan kain pasang
sambutan yang sangatlah menggalakkan
part ni yang menarik sekali..lawatan Toh Puan ke semua booth..cheq yg tudung kuning menghadap belakang tu..hampa kenai x..? jenuh berpeluh nak jawab soalan Toh Puan..terketaq-ketaq cheq..

ok..jom layan gambaq hari tu..
^
^
^
^
^
 barisan tokei2 Puspanita SPS bersama Pengerusi Puspanita SPS
 antara gerai puspanita daerah lain


 kehadiran peserta sangat2 lah menggalakkan. Sampai kena buat penambahan kerusi. Majlis tamat pukul 1.15 tengahari. Memang best Hari Wanita kali ni coz booth kami mmg terlajak laris..Alhamdulillah..

dlm kesibukan menjaga booth, sempat jugak aku rembat sabun cuci muka yg cute bangat ni kat booth Puspanita SPT. Harga Rm10 utk 3 bijik ni free pouch bag lagi. Bau lemon, Lavender dgn delima.

sekian entry untuk kali ni. Selamat Hari Wanita kepada semua yang bergelar wanita. Kita seharusnya berbangga dilahirkan sebagai wanita. Alhamdulillah..
  
 
"Sesungguhnya dunia ini adalah perhiasan dan
sebaik-baik hiasan adalah wanita solehah "
                                                   "HR Muslim"



Wassalam..






Friday 3 March 2017

AuRa Mak LeHa..Timorfest

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


 
 "feeling ala red carpet gitu"

Assalamualaikum..lama dah rasanya x menjenguk blog. Baru hari ni berkesempatan nak update story last week. 

Jumaat 24 Februari - 26 Februari ada karnival usahawan online timor, "TimorFest" kat SP Arena Seberang Jaya. Sebolehnya aku akan join karnival mcmni klu depa buat hari kerja coz blh p dgn kwn2. Kali ni aku pi bertiga saja dgn pidah dan sue.
   
ada free gift kat 2000 pengunjung terawal. Aku dgn pidah dpt free tudung awning. sue plk dapat kasut baby. Kami bertiga adalah tiga insan yg terakhir di kalangan 2000 terawal hari tu. Kira bertuah jgk la kami kannn..??

 pidah n sue 

byk jugak la barang online yg kita blh tgk real. Sebelum ni just tgk kat FB or Instagram ja. Tujuan utama kami pi Timor Fest ni just nak beli lace. Sebelum ni kami beli lace kat  facebook Belezarepublic. Kali ni boleh tgk live kat sini. Harga pun lebih murah drpd online.


ni ha lace kat booth Belezarepublic


agak lama kami kat booth ni. dgn belian RM 50 kat booth ni dpt beli lace dgn harga 10 sen sahaja. huishh..mmg best gila sebab dpt beli 2 lace dgn harga 20 sen. Harga asal lace RM 18. hehehe..

apa yg lg best, kami jumpa retis kat sini.

^
^
^
 "mak Leha" @ liza abdullah 

tak sangka dpt jmpa retis kak liza abdullah kat booth tudung dia. kami siap beli tudung kat sini sorg satu. Liza abdullah ni mmg sgt ramah dan sporting habis. mmg respect kat dia.

 kak liza abdullah tgh layan customer

jom kita layan barang2 yg ada kat sini time timorfest tu..







kat bahagian luar dewan ada jualan produk mkanan. macam2 ada cntohnya western food, makanan thai dan kerepek.



sue n pidah sempat beli ayaq..dahaga lps hbs shoping.

 kat gerai makanan jmpa sorang lg retis.."Enot Kitchen". Enot ada juai kerepek dan western food mcm spaghetti dan pasta.

 
Kak Enot tgh bertungkus lumus siapkan order customer..
 
Alhamdulillah..kami sampai opis tepat jam 2.45 ptg dengan hasil shopping masing2. Aku sempat grab lace, kek, tudung, inai celup dan Popcorn.

 Gourmet Popcorn

popcorn ni mmg marbeles..smpai rmh sat ja licin. yg ni ja sempat aku snap..yg lain mmg x sempat sbb dah letih sgt..

sekian untuk hari ni. kita sambung story lain kali yer...

jumpa lagi..


Wassalam..




Teratak Qaseh Humaira