Followers

Friday 7 November 2014

AyAm CeLuP TePuNg aLa ThAi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum...bila angin "RAJIN" dah mai, jgn dok kata apa..lekaih2 la upload apa yg patut..bila angin "MALAS" melanda, kita senyap sat dua tiga bulan...hahaha...

hari ni nak share resepi ayam celup tepung...biasanya klu bwk anak2 p kedai tomyam thai, ayam celup tepung ni mmg feveret depa la kan...sepinggan harga RM 4.50...ada la dlm 10-12 ketui...hat yg anak  jenis  yg kuat mkn, jenuh pakat berebut...sian plk kat depa kan...x puas makan....so, jom kita pakat buat sendiri kat rumah..bukan ssh mana pun sebenaqnya...very simple...buat la smpai anak2 cemuih...Insyaalllah..lepaih ni klu p kedai tomyam, depa x berebut dah...ibu depa lagi terror dr kedai tomyam...kihkihkih...

AYAM CELUP TEPUNG

Bahan-bahannya :
  • 2 ketul ayam bahagian dada (potong kecil-kecil)
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil garam
  •  minyak masak untuk menggoreng (gorengan tenggelam yer)
  • sedikit daun sup - dicincang halus (x mau pun x pa)
  • sedikit serbuk kunyit
  • 3/4  cawan air
  • minyak untuk mengoreng
  • 1 sudu besar tepung lagi - untuk lumur pada ayam
Cara-cara :-

1. Toskan ayam bagi betul-betul kering, perasakan dengan sedikit garam, kemudian lumurkan ayam dengan tepung. Ketepikan.

2. Masukkan tepung gandum, baking powder, serbuk kunyit dan garam. Gaul sehingga rata. Kemudian masukkan air sikit-sikit sambil dikacau agar adunan tidak berketul. Adunan ni tidak terlalu cair mcm bancuhan lemping atau kuih ketayap ye, pekat lagi sikit, kiranya bila celup ayam tu..tepung akan menyaluti ayam sepenuhnya. Biarkan dulu seketika dalam 5-7 minit sebelum digunakan.

3. Panaskan minyak dan boleh la celup ayam satu-satu dalam tepung. kemudian digoreng dengan api sederhana hingga kekuningan. Angkat dan toskan. Siap... 



kita boleh nampak adunan ayam tadi mengembang sebaik mencecah permukaan minyak...time ni mmg syok habis..mcm kita goreng cucuq tu...mmg simple dan rangup...nak sedap lagi, cicah dengan sos cili thai...mmg mabeles...


jom pakat-pakat try... 


selamat mencuba...


wassalam.... 




Thursday 6 November 2014

KeNdUrI AsYuRa 2014

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum...wahhhh...tetiba angin "RAJIN" bertiup selaju 120 km sejam... ...tup-tup ptg yg begitu hening ini hatiku begitu berkobar-kobar nak buat entry baru..mggu ni kat opis ada buat kenduri bubur asyura sempena menyambut kedatangan hari asyura...kami import mokcik2 dr taman blkg opis utk tolong...malaih nak merapu pnjang2..jom layanz pic yg sempat di snap...mcm besala la..kerja2 jugak, aktiviti posing memosing mmg x pernah lupa...kihkihkih...


 proses memotong bahan2...potong la sangat...


 proses memosing...actionnn....


 org kuat PDTSPS..


 mokcik2 yg sempoi...


nyum-nyum...x sabaq nk rasa...


 proses packing sedang dijalankan...

Alhamdulillah...akhirnya dapat jgk 134 bekas bubuq asyura kami...mudah-mudahan program ni akan ada lagi tahun 1437H nanti...Insyaallah..


Wassalam...











Wednesday 5 November 2014

KaRiPaP-KaRiPaP CiNtA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum....semoga kita smua berada dalam lindungan Allah Sentiasa..Alhamdulillah, pagi ni aku digerakkan hati untuk mengetuk keyboard ni setelah 2 bulan menyepi...huhuhu...apa nak di kato...kemalasan melanda walaupn mcm2 cerita yg berlaku sepanjang kebisuanku ini...hari ni comeback with short entry...apa2 pun, jom try resepi yg aku cilok dr jintan manis ..mmg mabeles...


                                                                KARIPAP RANGUP

Sumber resepi dari : Kak Alongroz Home Kreation
Karipap Rangup

Bilangan 36 ketul
BAHAN2:
500g Tepung
50g Tepung Beras
50g Tepung Ubi
1 sb Gula
1 st Garam
2½ sb Majerin*
¼ cwn Minyak* (* panaskan)
Air ( air sejuk yang dalam peti ais)
CARA2:
1. Campurkan kesemua bhn2 kering.
Tuangkan minyak panas & gaul rata.
Tuangkan air sedikit2 sehingga membentuk doh lembut.

2. Bahagi doh kpd bebola kecil.
Leperkan & isi dgn inti kesukaan (guna inti kentang + udang).
Buat sehingga habis.
3.Goreng dgn minyak dalam sehingga garing.
(goreng separuh masak & bekukan utk hidangan kemudian).
Nota: Selepas doh di uli, perap doh ni dalam peti ais selama satu jam, baru keluarkan pada suhu bilik, langkah ini penting supaya semua bahan dalam adunan nya mesra dan membuatkan adunan lebih rapuh.
Untuk Inti Kentang ( resepi @ jintanmanis.com )
5 biji kentang
15 ekor udang basah                                         
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar cili kisar
Daun saderi & daun bawang
garam

Cara-caranya

1. Potong dadu kentang dan rendam dalam air, blender udang hingga hancur, ketepikan. Panaskan minyak dan tumis cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing.
2. Kemudian masukkan bahan yang di blender tadi dan kacau sebati, akhir sekali masukkan kentang dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan kentang empuk, sesuaikan rasa.
3. Masukkan garam dan daun sup/bawang. Setelah masak dan inti agak kering, tutup api dan sejukkan.




Selamat Mencuba...



Wassalam....