Followers

Monday 16 January 2017

Mee Udang Parit 30 Kuala Kurau

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum rakan-rakan blog yg dikasihi..hari ni nak share mee udang yg viral starting tahun lepas..Mee Udang Parit 30 Kuala Kurau, Perak.

Lokasi mee udang ni agak senang nak cari..klu dari pekan kuala kurau, kita perlu lalu bwh jambatan utk ke Kuala Gula (jangan naik jambatan tu plk yer)..ambil jalan menghala ke Tanjung Piandang. Dalam lebih kurang 500 meter kita akan jumpak jambatan kecik. Kena masuk simpang sebelah kiri selepas jambatan tu. Kedai mee Udang ni terletak lebih kurang 100 meter dari jalan besar tadi.

Buka setiap hari kecuali Isnin. Waktu operasi 11.00 pagi hingga 10.00 malam. Klau nak selesa jgn mai lepas pkl 6.00 ptg hari sabtu dan ahad..time ni kira crowded..

kalau hari sabtu n ahad..kat depan kedai ada menu sampingan mcm cendol..sotong giant goreng tepung (pelbagai saiz) dan pelbagai menu western..

ni la warung mee udang Parit 30..panjang jgk la..

mee udang special RM 15.00..ada 10 ekoq udang

 nasi goreng ketam RM 15.00

 yg ni mee madu 2..RM 15.00 - ada ketam dan udang

antara menu lain yg ada seperti berikut:-

nasi goreng udang Rm 5.00
mee udang biasa RM 4.50 (ada 3 ekoq udang)

byk jugaklah menu mcm nasik putih, sup ayam dan mcm2 nasi goreng..harga mmg sgtlah berpatutan. Kalau amik mee udang biasa pun dh ckup OK..rasanya pun tersgt Ok.. 

klu bernasib baik..ada ketam yg baru naik dr laut..freshhh..ketam laut katanya. Harga mmg blh tahan coz ketam ni isi dia penuh..RM 50.00 sekoq...

 view kwasan warung waktu senja

sejujurnya tekak aku mmg sesuai dgn menu kat sini..tak pedas sgt..kuah pun pekat elok ja..biasanya aku order mee udang biasa..tu pun kena share..

dah lebih 5 kali aku berkunjung ke sini..kadang2 dgn famili n kadang2 bwk sanak saudara dr KL..Melaka n Penang..Depa pun setuju yg menu kat sini mmg best dan harga dia tersangat lah berpatutan..jom cuba...


wassalam...



Teratak Qaseh Humaira


No comments:

Post a Comment