Followers

Tuesday 18 April 2017

RoMbOnGaN Ke KoTa KuALa MuDa



Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap


Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap



Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap


Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap
Assalamualaikum sahabat blog yg dikasihi..salam pagi Selasa..baru dua hari bekerja untuk minggu ni..haishh..rasa mcm x sabaq nak tggu Sabtu coz dah byk minggu x berehat disebabkan oleh mcm2 yg berlaku dlm hidup cheq lately..almost a month..


 hari ni nak share peristiwa yg berlaku Ahad 15.04.2017 yg lalu, aku sekeluarga bwk rombongan keluarga angkat kami utk hntaq duit hantaran adik angkat yang bongsu (anak mak angkat yg meninggal minggu lepas)..adik angkat ni dah pun bertunang pada 9 Oktober 2016..kami jugaklah yg bwk mak n abah time bertunang tu..

sebenaqnya, niat abah dan mak nak hntaq duit hantaran time mak msih ada lg..tp, mak tiba2 jatuh sakit, abah terpaksa postpone..bila arwah mak dah x dak, abah segerakan urusan hntaq belanja ni sbb dah mmg niat arwah mak nak nikahkan adik sebelum Ramadhan tahun ni..


 dalam kelam kelibut nak p hntaq duit, abah tanya aku, "ida..duit kita nak boh dlm apa..?"..baru aku ingat yg kami mmg x prepare apapun sbb msih sedih dgn pemergian mak..so, aku blk rumah dan selongkaq apa yg ada..ni la hasilnya..mmg carca marba..apa yg ada aku boh ja..time tu dah pkl 9.00 mlm..kedai pun dah tutup..


 bila pagi Ahad tu, baru aku sedaq yg kami x dak beli apa2 untuk buat buah tangan ke rumah pompuan..takkan lah nak p melenggang ja kan..kelam kelibut plk p market pkl 7.00 pagi cari buah2..balik tu trus cari raga..mujuq lah kat rmh mmg ada raga..jenuh plk la cucuq apa yg patut..plan nak bertolak pkl 10.00pagi dr alor pongsu trus jadi pkl 10.30 gara2 kami lewat sampai sbb cri buah tangan..hehe..janji melayu..

dari kiri abah angkat, ayah pihak perempuan dan encik suamiku..

 Alhamdulillah..kami sampai kota kuala muda jam 12.00 tghari..rombongan kami 3 bijik kreta smuanya..sampai sana, tiba2 abah mntak encik suami wakilkan dia jadi jurucakap..bidan terjun sbb x dak langsung veteran yg ikut kecuali abah..so, cik suami pun goreng la apa yg patut..mmg nk tergelak habis..besa la, encik suami aku kan sgt peramah orgnya..
 dari kiri berbaju hitam adik angkatku yg nombor 2, yang baju merah yg sulung dan pengantin baju hitam sebelah abg yg sulung(tepi tiang)..depa ni 3 org adik beradik semuanya lelaki..yg sulung sorang ja yg dah kawen anak sorang..

kami disaji dgn makan tghari yg fresh2 belaka coz bapa pihak prmpuan seorang nelayan..ada ikan, udang, ketam dan kari ayam..gmbaq ni makanan mmg aku x smpat nak snap sbb tgh lapaq..hehe..


dapuq rmh pengantin perempuan mmg betoi2 berhadapan dgn laut..bkk pintu ja trus nmpak laut..time tsunami tu, bahagian dapuq rumah ni turut rosak..Alhamdulillah tak teruk mcm rmh org lain..


 kat blkg rumah ni mmg ada tempat berehat..ada yg buat pondok ..ada yg gantung buaian utk menikmati udara yg nyaman..tak sampai 50 meter dr sini ada pelantaq ikan..blh tgk org balik laut..nak beli hasil tangkapan pun boleh..klu sapa besa dgq "pasar bisik", sinilah tempatnya..

 salah sebuah bot nelayan yg baru balik..

  terpegun tgk laut ada dua tone warna..

 humaira yg plg seronok skali..siap cari kulit siput lagi ha..



kenai x buah ni ??..dlm hidup aku, ni lah 1st time tgk real buah gajus (janggus)..bijik dia mmg la aku familiar sbb aku kan suka buat biskut..hehe..teruja la jgk..kena masuk dlm diari ni..

urusan perbincangan selesai pkl 2.30 ptg..kata sepakat telah tercapai utk mengadakan majlis akad nikah sebelum Ramadhan..kami jugak sepakat utk tidak mengadakan majlis persandingan di pihak kami kerana msih lagi bersedih dengan ketiadaan mak bersama...


kenangan bersama mak dihari pertunangan pada 9 Oktober 2016 yg lalu..semoga mak tenang di sana dan dihimpunkan di kalangan orang- orang yang beriman..Amin Ya Rabb...


sekian..


wassalam...


Teratak Qaseh Humaira


Friday 14 April 2017

KuRSuS LaGi..


 Kursus Pengurusan Aset Kerajaan

Assalamualaikum..salam Jumaat yang mulia..hari ni cheq nak story psl cheq p kursus lagi..makanya ckup lah 7 hari berkursus walaupun baru masuk bulan 4..dah lebih 2 hari..dok opis baru ni kena la rajin skit..hehe..

 PSDC Bayan Lepas

kursus kali ni kat PSDC Bayan Lepas..sebut PSDC memang smua orang nak p sebab makanan dia setaraf hotel..sedap dan byk menu..tp kali ni mmg aku x snap pic makanan sebab x mau hampa terliuq..hehe..

 penceramah jemputan mmg sgt berpengalaman dalam bidang aset..Encik Meor Saharizan Bin Meor Idris-Pegawai Intan (INTURA Sungai Petani)

 kali ni cheq dok kat barisan nombor dua dari depan..tgk tu..byk nota yg cheq salin..sungguh komited..

 kali ni kami berjemaah bertiga..barisan kedua depan, dari kiri..hahaha..sila cari..bersama kak anita dan siti aishah

 antara peserta yg jadi gang cheq selama 2 hari tu..

sejujurnya byk ilmu yg kami dpt dlm masa 2 hari ni..sgt2 berharga..sgt2 membantu refreshkan blk memori yg dah lama berkarat..last cheq p kursus aset ni tahun 2003 kat Aseania Resort, Langkawi..dah 14 tahun kut..mmg padan sgt klu dah berkarat..hehehe...


sekian untuk hari ni..

wassalam..



Teratak Qaseh Humaira


Monday 10 April 2017

"Festival Adat Masyarakat Banjar"


Assalamualaikum sahabat2 blog yang dikasihi..minggu ni mcm2 perkara yang berlaku termasuklah pemergian Ibu angkat yang dikasihi, telah kembali kerahmatullah pada hari Jumaat yang mulia jam 4.30 ptg setelah bertarung nyawa di wad ICU Hospital Taiping selama 9 hari..Jenazah dikebumikan pada hari Sabu jam 11.00 pagi di Tanah Perkuburan Islam Matang Jelutong, Alor Pongsu..Semoga Rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...Amin..

 Festival Adat Masyarakat Banjar "Adat Perkahwinan"

Selesai urusan pengebumian, aku sempat singgah di Stadium Mini Bagan Serai on the way balik ke rumah..kat sini ada Festival Adat Masyarakat Banjar "Adat Perkahwinan"..En. suami kan orang banjar..of coz la wajib singgah kat sini..dapat makan "wadai kipeng" free..Alhamdulillah..


 kat dlm dewan siap ada pelamin untuk dua pasang pengantin yang terpilih untuk menjadi model program ni..time kami sampai tu, demo untuk majlis persandingan belum berlangsung lagi..turut disediakan jamuan makan yg dimasak secara gotong-royong oleh masyarakat banjar kat sini..

 Pelamin indah tersergam sentuhan dari Hazar Catering & Bridal

kat sini turut dipamerkan "Mini Galeri Melayu Banjar" yang menghimpunkan serba sedikit salasilah, adat2 dan peralatan traditional orang banjar

 yg ni beduk..cara traditional untuk memberitahu masuknya waktu solat atau jika ada kematian

 tokoh ulama melayu banjar "Sheikh Muhammad Arshad Al-Banjari"

 pelamin traditional masyarakat melayu banjar

  salasilah kedatangan masyarakat melayu banjar di tanah melayu

alatan pertanian 

 rumah masyarakat melayu Banjar
 
 peralatan asas melayu banjar..time ni nak tggu org x dak kat pondok tu mmg mustahil..so, ambik la gambaq dari jauh..huhu..

 kat sini turut disediakan booth pendaftaran Kelab Kulaan Malaysia..boleh daftar ahli kat sini..pelbagai makanan masyarakat banjar turut dijual dijual di sini temasuklah ikan wadi dan air wadi..

kat booth ni jugak ada jual t-shirt dan topi Kelab Kulaan Malaysia

 byk lagi booth2 lain mcm Celcom, KPDNKK, Zakat, AADK da IADA


tak kurang jgk hasil2 tempatan turut dijual mcm Coq Peneram, Tapai dan Karipap Giant..

 Kat booth IADA mmg best..ada mesin penuai padi traditional dan peralatan pertanian traditional dipamerkan kat sini..memang teruja



ni lah hasil yg berjaya di grab kat sini..T-shirt Kelab Kulaan Malaysia-RM 25.00

Kayuh Baimbai.."Jom kayuh bersama/ramai2"


sekian story untuk hari ni..aku sangat teruja mendalami Adat Masyarakat Melayu Banjar walaupun aku bukan berketurunan banjar..aku bisa bersurah banjar walaupun x berapa terror macam urang banjar..Al-maklumlah dah lebih 18 tahun menjadi pasangan urang banjar Parit Haji Wahab, Bagan Tiang..Alhamdulillah..

sekian..Wassalam..




Teratak Qaseh Humaira






Friday 7 April 2017

"Bridge To A Better Life"



 
Assalamualaikum ..salam pagi Jumaat penghulu segala hari yang mulia..pagi ni kita jumpak lagi dgn entry kisah aku dan kwn2 yang meramaikan Seminar Kesejahteraan Emosi "Bridge To A Better Life" anjuran Pejabat Pembangunan  Wanita Negeri Pulau Pinang di ILP Kepala Batas hari Rabu dua hari lepas..

sempat lagi selfie kenang-kenangan

kali ni kami p ramai..gabungan opis lama n baru..antara yg ikut sama tentulah suepidahsiti aishah dan farah..lagi sekali kami menjadi Dif kehormat bila kena duduk saf paling depan..

 tentatif program

penceramah kali ni mmg sempoi gila..tak sempat nak lena langsung..asyik gelak terguling..sgt2 santai dan lawak..Encik Muhamad Faeez bin Zakaria, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Psikologi JPA..
 
 Encik Muhamad Faeez bin Zakaria


penyertaan melebihi 600 orang..ada yg terpaksa duduk ataih kerusi tambahan..ada yang duduk ataih tangga..

 
saat yg dinanti dah pun tiba..mkn pagi disaji jam 10.30 pagi..nasi goreng dan sambal bilis..sambal bilis dia sedap tau..tambah plk dipadankan dengan teh 'o' panaih..memang marbeles..nyum..nyum..

sesi kedua "Pengurusan marah dan konflik"..cik Faeez tgh buat demo cara simple hilangkan stress guna 2 bijik bola tenis dan 2 bijik bola golf..

rasa mcm satja masa berlalu..tgk2 seminar dah sampai ke hujung tanpa disedari..Alhamdulillah, seminar habis pukul 1.00 tghari..dengan itu, ckup lah kursus ku yg kelimanya..hehe..


sekian..

wassalam..


Teratak Qaseh Humaira





Tuesday 4 April 2017

LA BuRGeR KuKuS BaKaR



Assalamualaikum sahabat blog yg dikasihi..hari ni nak share tempat  baru yg sempat diambush pada hari jumaat minggu lepas di Taiping.  

 balik dari kerja hari jumaat tu, aku terus ke Hospital Taiping melawat mak angkat di ICU hospital taiping. Bertolak pkl 6.00 ptg dan Alhamdulillah, kami sempat sampai di Hospital jam 6.45 ptg. Berbaki 15 minit sebelum waktu melawat tamat. Alhamdulillah sempat jgk tgk mak..doakan semoga mak diberi kesembuhan dan sedar dari koma..Amin Ya Rabb..

Keluar dari hospital, kami singgah utk mengisi perut yg berkeroncong di Stesen keretapi lama Taiping.

Stesen keretapi lama Taiping

Kat sini ada Nasi Kandar Ali, Pesto Pizza dan LA Burger. Aku memilih untuk cuba burger kat LA Burger ni coz menu dia nmpak mcm lain dari yg lain. Selalunya asyik dok tgk kat dalam TV ja. 

antara menu burger yg ada kat sini


kali ni kami hanya bertiga saja coz muhamad ada kelas tambahan di sekolah..so, pilihan menu pun simple saja..

 garlic bread & mushroon soup

 smoky meatball - RM 11.90

Havoc Cheese Burger - RM 10.00

honestly, 3 menu ni mmg sgt2 ok..menepati citarasa dan harga pun masih lagi dlm lingkungan kemampuan. sambil menjamu selera, boleh tgk ETS dan komuter lalu di bahagian blkg..

perasan x komuter tgh laju tu ha..susah nak snap pic time ni

^
^
^
^

jom jamu mata dgn dekorasi kat sini..

hand whisk..hampa besa tgk x benda ni..dulu2 mak kita pukul teloq nak buat bahulu..sgt2 kreatif 




 kaki mesin jahit lama diubahsuai buat meja makan

  barang2 antik tersusun cantik dan kemas

 sweet ja kan..rasa mcm dok kat zaman dolu2 la plk.. 


sekian untuk hari ni..kita jumpa lagi di entry lain lps ni..Insyaallah..Kepada sesiapa yg baca entry ni, mnta doakan mak angkat kami sembuh seperti sediakala dan dipermudahkan semua urusannya..Amin Ya Rabb..


Wassalam..


Teratak Qaseh Humaira