Followers

Tuesday 8 July 2014

Kek CoKLaT MoIsT

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani




KEK COKLAT MOIST
sumber : Blog Masam Manis

Bahan A
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat

Satukan semua bahan
Kemudian ayak
Ketepikan

Bahan B
3 biji telur A saiz
400 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung

Untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lebih lembut, bolehah tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis.

Bahan D
250 ml air panas

Satukan semua bahan B
Pukul hingga putih
Masukkan minyak dan susu cair, jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis
Pukul hingga sebati
Boleh pukul dengan Hand Mixer 
Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula.
Jika adunan banyak dan tak larat nak kaup balik dengan spatula, boleh masukkan dalam Stand Mixer Letak pada speed paling perlahan sekali. Putar sehingga ia sebati aje, jangan lama kerana nanti banyak udara terperangkap dalam adunan kek dan kek kita berlubang-lubang bila kita potong.
Adunan yang telah dikaup balik dengan spatula
Tambahkan air panas dan gaul rata
Adunan yang telah di gaul rata
Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak

Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C
Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar.
Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih.
Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna.
Jika tidak tambahkan lagi masa membakar.
Kejadian kek banyak bergantung pada suhu oven kita, pastikan kita faham kelebihan dan kekurangan oven kita.
Kebiasannya untuk membakar kek kita hendaklah letakkan kek di rak tengah dengan api atas dan bawah di gunakan. Suhu oven pula dari 160C ~ 180C bergantung pada jangka hayat sesuatu oven itu.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran kek, kerana ia akan membantutkan pengembangan kek kita nanti.
Selepas 1 jam buka oven dan cucuk dulu dengan lidi, jika belum masak bakar lagi 15 minit. Jika selepas 15 minit berlalu tak masak lagi tambah 15 minit lagi.

CHOCOLATE GANACHE
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
300 gm coklat masakan ~ dipotong kecil
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar butter
~ ~ ~
1/4 cawan air panas

Cara:
Panaskan susu cair dan susu pekat dgn kaedah double boiler.
Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair.
Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lg hingga cair.
Curahkan 1/2 dr ganache atas kek yg masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek.
Biarkan lebih kurang 15 - 30 min supaya ganache tadi meresap ke dalam kek.
Panaskan kembali lebihan ganache td (kaedah double boiler) dan masukkan air panas.
Kacau sehingga sebati dan curahkan ke atas kek tadi.
Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais.
Boleh juga dinikmati ketika suam2 panas..


Thursday 3 July 2014

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Assalamualaikum...masih belum terlewat utk TQH menyucapkan Selamat Menyambut Ramadhan yang penuh dengan keberkatan...semoga kita semua mendapat keberkatan dari Allah...semoga Ramadhan ini bukanlah yang terakhir untuk kita, Aminnn....

Marilah kita bersama-sama menghiasi setiap hari yg berlalu dgn amalan-amalan yg mendekatkan diri kita dengan Yang Maha Kuasa....marilah bersama berazam agar Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang terdahulu....

Dikesempatan ini, TQH memohon kemaafan seandainya ada salah dan silap samada sengaja atau tidak sengaja....jangan biarkan Ramadhan berlalu meninggalkan kita tanpa penghayatan dan amalan yang sewajarnya....

wassalam....