Followers

Friday 7 November 2014

AyAm CeLuP TePuNg aLa ThAi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum...bila angin "RAJIN" dah mai, jgn dok kata apa..lekaih2 la upload apa yg patut..bila angin "MALAS" melanda, kita senyap sat dua tiga bulan...hahaha...

hari ni nak share resepi ayam celup tepung...biasanya klu bwk anak2 p kedai tomyam thai, ayam celup tepung ni mmg feveret depa la kan...sepinggan harga RM 4.50...ada la dlm 10-12 ketui...hat yg anak  jenis  yg kuat mkn, jenuh pakat berebut...sian plk kat depa kan...x puas makan....so, jom kita pakat buat sendiri kat rumah..bukan ssh mana pun sebenaqnya...very simple...buat la smpai anak2 cemuih...Insyaalllah..lepaih ni klu p kedai tomyam, depa x berebut dah...ibu depa lagi terror dr kedai tomyam...kihkihkih...

AYAM CELUP TEPUNG

Bahan-bahannya :
  • 2 ketul ayam bahagian dada (potong kecil-kecil)
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil garam
  •  minyak masak untuk menggoreng (gorengan tenggelam yer)
  • sedikit daun sup - dicincang halus (x mau pun x pa)
  • sedikit serbuk kunyit
  • 3/4  cawan air
  • minyak untuk mengoreng
  • 1 sudu besar tepung lagi - untuk lumur pada ayam
Cara-cara :-

1. Toskan ayam bagi betul-betul kering, perasakan dengan sedikit garam, kemudian lumurkan ayam dengan tepung. Ketepikan.

2. Masukkan tepung gandum, baking powder, serbuk kunyit dan garam. Gaul sehingga rata. Kemudian masukkan air sikit-sikit sambil dikacau agar adunan tidak berketul. Adunan ni tidak terlalu cair mcm bancuhan lemping atau kuih ketayap ye, pekat lagi sikit, kiranya bila celup ayam tu..tepung akan menyaluti ayam sepenuhnya. Biarkan dulu seketika dalam 5-7 minit sebelum digunakan.

3. Panaskan minyak dan boleh la celup ayam satu-satu dalam tepung. kemudian digoreng dengan api sederhana hingga kekuningan. Angkat dan toskan. Siap... 



kita boleh nampak adunan ayam tadi mengembang sebaik mencecah permukaan minyak...time ni mmg syok habis..mcm kita goreng cucuq tu...mmg simple dan rangup...nak sedap lagi, cicah dengan sos cili thai...mmg mabeles...


jom pakat-pakat try... 


selamat mencuba...


wassalam.... 




Thursday 6 November 2014

KeNdUrI AsYuRa 2014

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum...wahhhh...tetiba angin "RAJIN" bertiup selaju 120 km sejam... ...tup-tup ptg yg begitu hening ini hatiku begitu berkobar-kobar nak buat entry baru..mggu ni kat opis ada buat kenduri bubur asyura sempena menyambut kedatangan hari asyura...kami import mokcik2 dr taman blkg opis utk tolong...malaih nak merapu pnjang2..jom layanz pic yg sempat di snap...mcm besala la..kerja2 jugak, aktiviti posing memosing mmg x pernah lupa...kihkihkih...


 proses memotong bahan2...potong la sangat...


 proses memosing...actionnn....


 org kuat PDTSPS..


 mokcik2 yg sempoi...


nyum-nyum...x sabaq nk rasa...


 proses packing sedang dijalankan...

Alhamdulillah...akhirnya dapat jgk 134 bekas bubuq asyura kami...mudah-mudahan program ni akan ada lagi tahun 1437H nanti...Insyaallah..


Wassalam...











Wednesday 5 November 2014

KaRiPaP-KaRiPaP CiNtA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum....semoga kita smua berada dalam lindungan Allah Sentiasa..Alhamdulillah, pagi ni aku digerakkan hati untuk mengetuk keyboard ni setelah 2 bulan menyepi...huhuhu...apa nak di kato...kemalasan melanda walaupn mcm2 cerita yg berlaku sepanjang kebisuanku ini...hari ni comeback with short entry...apa2 pun, jom try resepi yg aku cilok dr jintan manis ..mmg mabeles...


                                                                KARIPAP RANGUP

Sumber resepi dari : Kak Alongroz Home Kreation
Karipap Rangup

Bilangan 36 ketul
BAHAN2:
500g Tepung
50g Tepung Beras
50g Tepung Ubi
1 sb Gula
1 st Garam
2½ sb Majerin*
¼ cwn Minyak* (* panaskan)
Air ( air sejuk yang dalam peti ais)
CARA2:
1. Campurkan kesemua bhn2 kering.
Tuangkan minyak panas & gaul rata.
Tuangkan air sedikit2 sehingga membentuk doh lembut.

2. Bahagi doh kpd bebola kecil.
Leperkan & isi dgn inti kesukaan (guna inti kentang + udang).
Buat sehingga habis.
3.Goreng dgn minyak dalam sehingga garing.
(goreng separuh masak & bekukan utk hidangan kemudian).
Nota: Selepas doh di uli, perap doh ni dalam peti ais selama satu jam, baru keluarkan pada suhu bilik, langkah ini penting supaya semua bahan dalam adunan nya mesra dan membuatkan adunan lebih rapuh.
Untuk Inti Kentang ( resepi @ jintanmanis.com )
5 biji kentang
15 ekor udang basah                                         
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar cili kisar
Daun saderi & daun bawang
garam

Cara-caranya

1. Potong dadu kentang dan rendam dalam air, blender udang hingga hancur, ketepikan. Panaskan minyak dan tumis cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing.
2. Kemudian masukkan bahan yang di blender tadi dan kacau sebati, akhir sekali masukkan kentang dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan kentang empuk, sesuaikan rasa.
3. Masukkan garam dan daun sup/bawang. Setelah masak dan inti agak kering, tutup api dan sejukkan.




Selamat Mencuba...



Wassalam....

Wednesday 27 August 2014

CHOCOLATE CUPCAKE

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


CHOCOLATE CUPCAKE


CHOCOLATE CUPCAKE

Bahan-bahan ( 18 - 20 papercups medium size )

  • 300g tepung
  • 350g gula
  • ½ cawan serbuk koko
  • 1½ sdk soda bikarbonat
  • ½ cawan butter
  • 2 sdk esen vanilla
  • 1 ½ cwn susu segar
  • * 2 biji telur

Cara-cara

  1. Panaskan oven 180C. Campurkan ke semua bahan (kecuali *) dalam bekas mixer. Pukul dengan kelajuan rendah hanya untuk bg campuran itu sebati. Kemudian pukul dgn kelajuan tinggi lebih kurang selama 2 minit. Lepas itu tambah telur dan pukul lg dgn kelajuan tinggi selama 2 minit lagi.
  2. Sudukan adunan dalam papercups. Kalau nk cupcakes yang rendah, letak tak sampai ¾ tinggi cups.  Bakar selama ± 20min  atau sehingga masak. Suhu oven terpulang pd oven masing2, aku guna 170C.
  3. Bila dah masak boleh diletak topping kalau suka. Hias ikut citarasa masing2. Family aku lebih gemar cream cheese frosting berbanding dgn buttercream. Kat bwh ni ada mcm2 cara nak buat cream cheese frosting. Boleh pilih yg mana suka. Aku pilih Resepi 2.


                                                                                                                                                                           CREAM CHEESE FROSTING                                                                                                                                                                                                                                                        
RESIPI 1


500g cream cheese
1/2 cawan mentega
1 sudu kecil ektrak vanilla
2 cawan gula aising (boleh kurangkan ikut citarasa)
- Pukul cream cheese dan mentega sampai lembut dan gebu...  Setelah itu masukkan bahan2 lain dan putar lagi sampai kembang..  Sapu pada kek yg telah sejuk dgn berhati2...

**********************

RESIPI 2 - Kesukaan saya

360g cream cheese
70g mentega - untuk lebih sedap, guna jenis pure butter
200g gula aising
1 sk ekstrak vanilla

- Pukul cream cheese bersama mentega hingga kembang.
- Masukkan gula aising dan vanilla sedikit demi sedikit sambil memutar

*************************

RESIPI 3 - Joy of Baking

227g cream cheese
227g mascarpone cheese
1 sudu kecil ektrak vanilla
1 cawan gula aising
1 1/2 cawan (360ml) heavy whipping cream - saya tak berapa guna whipping cream

****************************

RESIPI 4 - selalu saya guna utk kek Russian Black

500g cream cheese
250g mascarpone
100g gula aising - ayak
1 sudu besar serbuk nescafe - ayak

- Pukul cream cheese, mascarpone dan gula hingga lembut
- Tambah serbuk nescafe dan gaul
- Masukkan ke dalam piping bag dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 15 minit sebelum deko

**************************

RESIPI 5 - Buku Panduan Asas Menghias Kek

250g krim keju - suhu bilik
125g mentega
120g gula aising
1/2 sudu kecil perisa lemon

- Putar krim keju sehingga lembut dan tidak berbintil
- Masukkan mentega dan putar lagi
- Masukkan gula aising dan perisa lemon. Putar hingga sebati.                                                                                                                                                                                                  

Selamat mencuba....


Wassalam....




Wednesday 20 August 2014

BLuEbeRrY ChEeSe CaKe

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Baked Blueberry Cheesecake 

Sumber : mas-dapurmas.blogspot.com/

Bahan base biskut:
100g biskut marie, dihancurkan
80g butter, dicairkan

* Gaul rata biskut dan butter dan tekan-tekan pada dasar loyang sampai padat.

Bahan cream cheese:
250g cream cheese, suhu bilik
65g whipping cream
30g gula kastor
3 kuning telur Gred A
1/2st esen vanila
1/2st jus lemon/lemon oil

30g gula kastor
3 putih telur Gred A
1/4st cream of tartar (optional)

200g blueberry filling

Cara:
1. Panaskan oven pada suhu 160C. Bakar base biskut untuk 5 minit, kemudian sejukkan pada suhu bilik.

2. Dalam bekas besar, pukul cream cheese bersama 30g gula, perlahan-lahan masukkan whipping cream dan esen vanila serta jus lemon. Pukul sampai adunan jadi sebati, smooth dan gebu. Guna speed sederhana.

2. Masukkan kuning telur satu per satu dan pukul sebati, sambil berhenti sekali-sekala untuk scrap tepi-tepi bekas tersebut.

3. Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan cream of tartar dan baki 30g gula sedikit demi sedikit, hingga bertanduk dan kaku (bila terbalikkan bekas, putih telur tak mengalir atau jatuh. Pastikan tiada walaupun secubit/setitik pun kuning telur atau minyak dalam putih telur sebelum memukul. Kalau tak 'meringue'- nama putih telur yang dipukul kaku ini- tak jadi. Kalau ada sedikit kuning telur, boleh dibuang dengan sudu).

4. Ambil satu senduk meringue dan kaup balikkan ke dalam adunan cream cheese (stage ini boleh kasar sikit sampai tak nampak jalur/streaks putih telur). Ambil lagi sesenduk dua meringue dan kaup balikkan perlahan-lahan dalam adunan cream cheese. Buat dalam 3-4 kali.
  
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang berisi base biskut dan hentak loyang sekali atas meja (hentak dari paras siku) untuk keluarkan buih-buih yang besar (kalau tak nanti nampak lubang-lubang di atas atau di dalam kek bila sudah masak)


6. Balut luar loyang cheesecake dengan aluminium foil 2-3 kali dan bakar secara bain marie/water bath/steam bake (loyang kek diletakkan dalam loyang lebih besar, isikan air panas dalam loyang besar hingga mencecah separuh ketinggian loyang kek tersebut. Tak perlu banyak sangat, asalkan loyang kek tu boleh bergoyang sikit oklah) untuk 1 jam.




7. Keluarkan dari oven dan sejukkan dalam loyang sebentar di atas redai, sebelum dikeluarkan cheesecake dan disimpan dalam peti sejuk. Dah sejuk hiaskan sesuka hati atau tuangkan blueberry filling di atasnya.




 sekian....wassalam....



Tuesday 8 July 2014

Kek CoKLaT MoIsT

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani




KEK COKLAT MOIST
sumber : Blog Masam Manis

Bahan A
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat

Satukan semua bahan
Kemudian ayak
Ketepikan

Bahan B
3 biji telur A saiz
400 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung

Untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lebih lembut, bolehah tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis.

Bahan D
250 ml air panas

Satukan semua bahan B
Pukul hingga putih
Masukkan minyak dan susu cair, jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis
Pukul hingga sebati
Boleh pukul dengan Hand Mixer 
Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula.
Jika adunan banyak dan tak larat nak kaup balik dengan spatula, boleh masukkan dalam Stand Mixer Letak pada speed paling perlahan sekali. Putar sehingga ia sebati aje, jangan lama kerana nanti banyak udara terperangkap dalam adunan kek dan kek kita berlubang-lubang bila kita potong.
Adunan yang telah dikaup balik dengan spatula
Tambahkan air panas dan gaul rata
Adunan yang telah di gaul rata
Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak

Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C
Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar.
Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih.
Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna.
Jika tidak tambahkan lagi masa membakar.
Kejadian kek banyak bergantung pada suhu oven kita, pastikan kita faham kelebihan dan kekurangan oven kita.
Kebiasannya untuk membakar kek kita hendaklah letakkan kek di rak tengah dengan api atas dan bawah di gunakan. Suhu oven pula dari 160C ~ 180C bergantung pada jangka hayat sesuatu oven itu.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran kek, kerana ia akan membantutkan pengembangan kek kita nanti.
Selepas 1 jam buka oven dan cucuk dulu dengan lidi, jika belum masak bakar lagi 15 minit. Jika selepas 15 minit berlalu tak masak lagi tambah 15 minit lagi.

CHOCOLATE GANACHE
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
300 gm coklat masakan ~ dipotong kecil
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar butter
~ ~ ~
1/4 cawan air panas

Cara:
Panaskan susu cair dan susu pekat dgn kaedah double boiler.
Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair.
Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lg hingga cair.
Curahkan 1/2 dr ganache atas kek yg masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek.
Biarkan lebih kurang 15 - 30 min supaya ganache tadi meresap ke dalam kek.
Panaskan kembali lebihan ganache td (kaedah double boiler) dan masukkan air panas.
Kacau sehingga sebati dan curahkan ke atas kek tadi.
Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais.
Boleh juga dinikmati ketika suam2 panas..


Thursday 3 July 2014

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Assalamualaikum...masih belum terlewat utk TQH menyucapkan Selamat Menyambut Ramadhan yang penuh dengan keberkatan...semoga kita semua mendapat keberkatan dari Allah...semoga Ramadhan ini bukanlah yang terakhir untuk kita, Aminnn....

Marilah kita bersama-sama menghiasi setiap hari yg berlalu dgn amalan-amalan yg mendekatkan diri kita dengan Yang Maha Kuasa....marilah bersama berazam agar Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang terdahulu....

Dikesempatan ini, TQH memohon kemaafan seandainya ada salah dan silap samada sengaja atau tidak sengaja....jangan biarkan Ramadhan berlalu meninggalkan kita tanpa penghayatan dan amalan yang sewajarnya....

wassalam....

Thursday 8 May 2014

AgAr-AgAr GuLa MeLaKa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum....Salam Rejab yang penuh dgn keberkatan...kembali semula lepaih sebulan lebih menghilang....wahhh...nak kata busy tu x la tara mana pun..mengulat ja lebih...straight to the point, today i want to share something...agar-agar gula melaka...kira salah satu feveret aku masa bukak puasa...

Agar-Agar Gula Melaka

Bahan A
1 Paket agar-agar 20g
4 cawan air
1/2 cawan gula pasir
20g gula melaka

Bahan B
2 cawan santan
2 biji telur

Cara-caranya:-
1. masak agar-agar dengan api perlahan sehingga hancur
2. masukkan gula melaka, kacau sehingga hancur
3. masukkan gula pasir dan kacau sehingga larut
4. masukkan bahan B dalam bekas yang berasingan...pukul dgn hand whisk sampai betul2 sebati
5. masukkan bahan B ke dalam periuk agar-agar tadi
6. kacau dengan hand whisk sehingga agar2 mendidih (jgn biarkan mendidih terlalu lama)
7. tutup api dan tuangkan ke dalam acuan yg telah disediakan.


mudahkan...resepi yg ringkas dan cepat...sesuai utk wanita berkerjaya mcm kita ni...tambahan plk bulan Ramadhan semakin menghampiri...boleh disediakan sbg juadah berbuka...selamat mencuba...


sekian...


wassalam...

Tuesday 1 April 2014

Aktiviti Cuti Sekolah....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum....lama x update...tetiba rini terajin la plk p ketuk kepala keybod ni....story mggu lepaih...mggu ni baru tringat nak update...ntah la...masuk ja tahun baru ni minat nak berblog semakin slow...huhu...

mggu ni anak2 dah start sekolah lepaih 9 hari bercuti...mak aku dok hingaq suruh aku bwk anak2 p jejalan..mak aku kata, cuti CNY ritu pun aku x bwk budak2 tu jejalan....awat x marahnya, mak aku nak bwk anak2 aku p jalan aku plk x bagi... ya la kan, anak aku 2 org ja...dah klu depa p ikut tok depa, aku nak main dgn sapa plk...en. suami kan slalu out station....

at last, aku amik cuti bwk depa p Bukit Merah Waterpark last week....dlm 20 minit dr rumah....hahaha...jadi la kan dr x p mana2...aku 1st time mai sini...selalu aku lebih suka p Lost World of Tambun...harga tiket Bukit Merah Waterpark untuk Dewasa=RM 30.00 , Kanak-kanak=RM 20.00....special untuk warga daerah Kerian (aku la tu) Dewasa =RM 20.00....jgn lupa tunjuk IC plk....kanak bwh 90cm Free....so, total aku 1 famili RM 80.00....hehehe...mmg berbaloi...buka pukul 10pagi - 6ptg....

 muka teruja nak main ayaq...
 chak...kat mana2 pun dah ada benda ni skarang...
 muka lotih....
 port kegemaran humaira
 peace....!!!!

mulanya mmg x mau sewa pelampung...tp, klu x dak pelampung, x leh naik gelongsor... sewa pelampung RM 20.00

 kereta kabel mini tgh dok selenggara time tu...x dak chance nak merasa naik...


 macam berjanji plk pakai baju pepel...ibu dia pun sama...ayah dia ja lain....(gambaq ibu dia x dak yer....)


5 jam kami dok kat sini...alang2 dah masuk, biaq lama sikit...smpai depa surrender...pkl 4 ptg baru smpai rmh....dah smpai rmh baru pakat perasan yg smua org sunburn teruk terutama Humaira...sian dia coz aku lupa nak boh losyen....huhuhu....



sekian....aktiviti cuti sekolah kami...moga muhamad ada story untuk karangan bertajuk "Cuti Sekolah Saya"....hahaha....



wassalam.....

Tuesday 11 March 2014

FrOm TaiPiNg WiTh LoVe...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum....entry 1st utk bulan mac walaupn hari ni dah mencecahkan angka 11hb....huhuhu....mood nak buat entry mmg x brp nak ada semenjak dua menjak nih....mood lebih kat baca novel...bulan ni saja dah 6 novel sempat aku sauk time kursus kat KOMTAR hjg bulan lps....
malaih nak bermukadimah pnjg2, layanz pic aku n family p Zoo Taiping n Muzium Taiping....

kami smpai zoo pukul 10 pagi...slalu nya, time mcm tu mmg dah ramai org...nak naik train pn jenuh kena tggu...tp yg peliknya, haritu  mmg x dak org pun time kami tggu train...cuma ada 2 famili ja...so, pekerja kat zoo just sediakan Buggy utk kami pusing zoo setelah 10 minit tggu, still x dak org jgk yg nak sertai kami ....

 sebelum masuk, jom possing dulu....
 riak muka ayah yg dipaksa oleh ibu utk possing ala-ala kanak2 riang ....mcm x ikhlas ja muka ayah tu....hehe....
 betapa lengangnya tmpat menunggu train.....
 byk lg yg tgh renovation...cabana ni contahnya, awal tahun 2014 ritu x dak lagi benda nih....
 gajah pun stay x leh tgk lagi...driver buggy tu kata pembinaan ayaq terjun utk gajah tu x siap sepenuhnya...blh tgk dr jauh ja..
 sempat jgk maira pau ayah dia belikan topi gajah ni kat kedai souvenier dpn kaunter tiket...RM 12...

keluaq dr zoo baru pkl 11.30 pagi...awai lg rasanya klu nak blk pun...bila stereng kereta kt tgn aku maknanya, next destination is up to me kan...??? so, rasa mcm nak p muzium plk...dah bertahun x  p....time aku p tu, maira baby lagi....bila dah sepakat,aku pun drive p muzium yg x jauh pun dgn zoo....

sampai kat situ, jd jakun sat coz keadaan muzium dh byk berubah...dah di upgrade kaw2 ...klu dulu bila p ja muzium, mesti rasa seram semacam....la ni, mmg klu srh dok lama kat situ pun sggp kut....dulu masuk free....la ni dah kena byq....dewasa yg ada Mykad RM 2...kanak2 free....

 koleksi kereta antik ni kat kwsn luaq muzium...
 aku mmg teruja tgk keta yg sebijik nih....panjang betoi....
 masuk ja dlm muzium, mmg terpesona tgk perubahan yg mmg ketara klu nak dibandingkan dgn time dolu-dolu...sesuai dgn peredaran masa....
smua pakat teruja....
 possing dgn rangka gajah...
 cantik kan...????
 sejuk mata memandang...
 tingkat 2 pun dan x seram mcm dulu...kasut kena tggl kat bwh...
cctv jgn cakap la...merata penjuru ada....yer la....barang tinggalan sejarah...klu hilang mmg x dak ganti dah...

apa pun mmg syok menghabiskan masa hujung mggu dgn family...bkn senang en. suami nak cuti...klu nak p lokasi yg jauh2 mmg jgn harap la...dpt p dekat2 pun dah cukup ok drpd memerap kat rmh....anak2 seronok, ibu dia pun tumpang seronok....hehehe...


wassalam....

Wednesday 19 February 2014

Yeaaayyy...!!!!! dah pandai naik basikal....!!!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum...dah berminggu rasanya menghilangkan diri dr dunia blogger...huhuhu...kekangan tugas kat opis plus kesihatan yg x brp nak baik...byk story yg terpaksa di postpone....

hari ni nak kongsi perasaan gembira sorang ibu bila si anak menunjukkan tanda2 growing up...x kira la apa jua step pun, hati sorang ibu pasti teruja dan bersyukur yg x terhingga kpd Maha Pencipta...hehehe...nak share pasal humaira yg akhirnya berjaya jgk naik basikal tanpa bantuan roda kecik kat kiri kanan basikal...

saat nilah yg aku tggu sesangat coz dah 3x aku terpaksa gantikan roda kecik kat kiri kanan basikal dia yg asyik bengkok coz terpaksa tampung berat badan dia tu...aku pun hairan jgk, kenapa roda tu kerap bengkok....walhal berat badan dia x la berat mana pun...nak kata beli hat murah, habih mahai pun aku dah pasang...at last, aku suruh en. suami buang terus roda tu....

Alhamdulillah...akhirnya humaira berjaya naik basikal tanpa roda kecik  2 hari lps aku buang roda tu....aku la insan yg paling syok skali...humaira ni agak lewat skit jika nak dibandingkan dgn muhamad yg dah boleh berbasikal time umuq dia 5 tahun...mgkin ni la beza antara anak lelaki dan anak pompuan...apapun, aku amat bersyukur....

peace....

humaira dan dani...

 ada lagi satu story...tiap ptg pasti sebuk dia nak kluaq naik basikal "Dora" nya....aku pun kena la korban kan masa teman anak dara sorang ni...si abang awai2 lagi dah hilang....jgn x tau, humaira pasti akan ditemani oleh sahabat sejati nya "Si Dani"...hari2 pasti Dani akan menemani Humaira  berbasikal...aku juz jadi pemerhati...


rutin harian aku turut berubah...balik opis terus rushing amik anak2 kat rmh mak...then, rushing blk rmh plk mandi n solat...pastu teman maira naik basikal sambil aku sempat jogging....pkl 7 masuk rmh and start berkungfu kat dapuq....huhu....

wassalam....


Thursday 6 February 2014

HoMeMaDe IcE-CrEaM OReO....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum...hari ni nak share resepi aiskrim oreo yang aku buat time cuti CNY yang baru nih...of coz la buat atas request my son....dia yg tlg aku mix smpai kembang smua ingrediants....

mulanya aku belikan wall selection oreo kat Supermarket Billion time beli brg dapuq ritu....pastu x cukup plk...muhamad la yg bg idea bernas suruh aku buat aiskrim tu...x puas makan katanya...nasib la dh ada sepeket biskut oreo kat rmh...brg lain pn dah ada...senang la kerja aku...

 AISKRIM OREO

Aiskrim Oreo

Bahan-bahannya:
1 biji telur
2 sudu besar overlatte
1 tin susu pekat (aku guna 3/4 tin saja)
setengah tin susu segar /susu cair
1 tin air suam
1 sudu teh esen vanilla
1 Bungkus Biskut Oreo

Cara-caranya:
1) masukkan semua bahan tadi dlm mangkuk (kecuali oreo) dan pukul dengan mixer hingga naik kembang dan pekat. (dlm 30 minit mcm tu la)

2) sambil tu buangkan krim kat biskut oreo tadi.simpan dlm 7 keping utk dipatahkan kpd 4 .

3) blender hancur baki biskut yg lain menggunakan mesin kering.

4) satukan biskut yg telah dihancurkan tadi dgn adunan aiskrim yg dah kembang.

5) gaul rata aduan.

6) masukkan baki biskut yg dipatah 4. gaul sebati.

7) tuang dlm bekas. (dapat dlm 3 bekas aiskrim yg besaq).

4) masuk dlm peti ais dan sedia dimakan setelah ia mengeras.


 ni la rupa aiskrim yg dah keras...aku buat time malam...esok pagi nya baru ngappp....
 rasa dia sebijik sebijot mcm Wall's Selection Oreo nih....klu x habaq mmg org x tau yg aiskrim ni homemade...bukan nak perasan, tp tu la feedback dr org2 yg aku bg try rasa...x smpai sehari dh licin...nak buat sekali lg x tau la bila plk...besa la...sklh dh stat...mcm2 nak kena buat....

semoga entry hari ni dpt kita share bersama...

try jangan x try yer....

apapun yg kita buat, mulakan lah dengan  kalimah  بِسۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيمِ


wassalam....