Followers

Wednesday 5 November 2014

KaRiPaP-KaRiPaP CiNtA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum....semoga kita smua berada dalam lindungan Allah Sentiasa..Alhamdulillah, pagi ni aku digerakkan hati untuk mengetuk keyboard ni setelah 2 bulan menyepi...huhuhu...apa nak di kato...kemalasan melanda walaupn mcm2 cerita yg berlaku sepanjang kebisuanku ini...hari ni comeback with short entry...apa2 pun, jom try resepi yg aku cilok dr jintan manis ..mmg mabeles...


                                                                KARIPAP RANGUP

Sumber resepi dari : Kak Alongroz Home Kreation
Karipap Rangup

Bilangan 36 ketul
BAHAN2:
500g Tepung
50g Tepung Beras
50g Tepung Ubi
1 sb Gula
1 st Garam
2½ sb Majerin*
¼ cwn Minyak* (* panaskan)
Air ( air sejuk yang dalam peti ais)
CARA2:
1. Campurkan kesemua bhn2 kering.
Tuangkan minyak panas & gaul rata.
Tuangkan air sedikit2 sehingga membentuk doh lembut.

2. Bahagi doh kpd bebola kecil.
Leperkan & isi dgn inti kesukaan (guna inti kentang + udang).
Buat sehingga habis.
3.Goreng dgn minyak dalam sehingga garing.
(goreng separuh masak & bekukan utk hidangan kemudian).
Nota: Selepas doh di uli, perap doh ni dalam peti ais selama satu jam, baru keluarkan pada suhu bilik, langkah ini penting supaya semua bahan dalam adunan nya mesra dan membuatkan adunan lebih rapuh.
Untuk Inti Kentang ( resepi @ jintanmanis.com )
5 biji kentang
15 ekor udang basah                                         
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar cili kisar
Daun saderi & daun bawang
garam

Cara-caranya

1. Potong dadu kentang dan rendam dalam air, blender udang hingga hancur, ketepikan. Panaskan minyak dan tumis cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing.
2. Kemudian masukkan bahan yang di blender tadi dan kacau sebati, akhir sekali masukkan kentang dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan kentang empuk, sesuaikan rasa.
3. Masukkan garam dan daun sup/bawang. Setelah masak dan inti agak kering, tutup api dan sejukkan.




Selamat Mencuba...



Wassalam....

4 comments:

  1. bw mai ofis skit...hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. x dan nk bwk mai kut...hbs msk perut dulu...hehehe...

      Delete
  2. Wow..karipap2 cinta gituw..akan saya cuba merealisasikan resepi ini...my hubby amat menyukainya..hehe

    ReplyDelete
  3. go suhana go...cnfrm encik hubby jatuh cinta after mkn karipap2 cinta wife dia...hehe..

    ReplyDelete