Followers

Monday 10 April 2017

"Festival Adat Masyarakat Banjar"


Assalamualaikum sahabat2 blog yang dikasihi..minggu ni mcm2 perkara yang berlaku termasuklah pemergian Ibu angkat yang dikasihi, telah kembali kerahmatullah pada hari Jumaat yang mulia jam 4.30 ptg setelah bertarung nyawa di wad ICU Hospital Taiping selama 9 hari..Jenazah dikebumikan pada hari Sabu jam 11.00 pagi di Tanah Perkuburan Islam Matang Jelutong, Alor Pongsu..Semoga Rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...Amin..

 Festival Adat Masyarakat Banjar "Adat Perkahwinan"

Selesai urusan pengebumian, aku sempat singgah di Stadium Mini Bagan Serai on the way balik ke rumah..kat sini ada Festival Adat Masyarakat Banjar "Adat Perkahwinan"..En. suami kan orang banjar..of coz la wajib singgah kat sini..dapat makan "wadai kipeng" free..Alhamdulillah..


 kat dlm dewan siap ada pelamin untuk dua pasang pengantin yang terpilih untuk menjadi model program ni..time kami sampai tu, demo untuk majlis persandingan belum berlangsung lagi..turut disediakan jamuan makan yg dimasak secara gotong-royong oleh masyarakat banjar kat sini..

 Pelamin indah tersergam sentuhan dari Hazar Catering & Bridal

kat sini turut dipamerkan "Mini Galeri Melayu Banjar" yang menghimpunkan serba sedikit salasilah, adat2 dan peralatan traditional orang banjar

 yg ni beduk..cara traditional untuk memberitahu masuknya waktu solat atau jika ada kematian

 tokoh ulama melayu banjar "Sheikh Muhammad Arshad Al-Banjari"

 pelamin traditional masyarakat melayu banjar

  salasilah kedatangan masyarakat melayu banjar di tanah melayu

alatan pertanian 

 rumah masyarakat melayu Banjar
 
 peralatan asas melayu banjar..time ni nak tggu org x dak kat pondok tu mmg mustahil..so, ambik la gambaq dari jauh..huhu..

 kat sini turut disediakan booth pendaftaran Kelab Kulaan Malaysia..boleh daftar ahli kat sini..pelbagai makanan masyarakat banjar turut dijual dijual di sini temasuklah ikan wadi dan air wadi..

kat booth ni jugak ada jual t-shirt dan topi Kelab Kulaan Malaysia

 byk lagi booth2 lain mcm Celcom, KPDNKK, Zakat, AADK da IADA


tak kurang jgk hasil2 tempatan turut dijual mcm Coq Peneram, Tapai dan Karipap Giant..

 Kat booth IADA mmg best..ada mesin penuai padi traditional dan peralatan pertanian traditional dipamerkan kat sini..memang teruja



ni lah hasil yg berjaya di grab kat sini..T-shirt Kelab Kulaan Malaysia-RM 25.00

Kayuh Baimbai.."Jom kayuh bersama/ramai2"


sekian story untuk hari ni..aku sangat teruja mendalami Adat Masyarakat Melayu Banjar walaupun aku bukan berketurunan banjar..aku bisa bersurah banjar walaupun x berapa terror macam urang banjar..Al-maklumlah dah lebih 18 tahun menjadi pasangan urang banjar Parit Haji Wahab, Bagan Tiang..Alhamdulillah..

sekian..Wassalam..




Teratak Qaseh Humaira






No comments:

Post a Comment