Followers

Thursday 24 November 2016

CaBaRan PeRtaMa OPiS BaRu



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


 Assalamualaikum..wahhhh..termula update makanya nak update lagi..sementara nak cemuih pulak..hokey..


Hari ni nak storie-morie task pertama kat opis baru. Lapor diri hari Isnin, tiba-tiba kena join officemate baru buat presentation untuk "Innovation Challenge" peringkat HQ pada hari jumaat. Hari kelima, bayangkanlah...kita pun baru nak kenai officemate. Yang kat HQ apatah lagi la kan..Aku sahut jugak cabaran bersama 5 ahli kumpulan termasuklah bos baru.

Hari yang dinanti pun menjelma jugak. Kami pun present. Setiap ahli kumpulan kena cakap.Inovasi ni idea bos aku sblum aku masuk opis ni lagi. Kiranya aku ni "tukang karut" ja la. Tak confident pun nak menang bila tgk team lain smua hebat2. Paling kuat pun sasaran aku tempat ketiga. Panel Juri pulak import dari MPC. Salah sorang juri tu aku kenai coz dia pernah audit 5S kat opis lama dulu.

Bila pengumuman hadiah tempat ketiga, mmg dah bukan milik kami. Apatah lagi tempat kedua. So, mmg kami pun x kisah. Tapi, bila hadiah tempat pertama diumumkan...aku dengaq macam nama team aku. Tapi macam bukan...Emcey tu terlampau gimik sangat, smpai jadi mcm x berapa nak clear sebutan dia. Kami pun buat x tau ja. At last, smua org pandang team kami. Baru kami perasan team kami yg jadi Juara....yeaaaaaaa...

Kenangan Team yang menang bersama Y.A.A Dato' dan Panel Juri dari MPC.
^
^
^
nak perasan sat...!!!
macam x percaya ja kann...??
semua ni hasil penat lelah dan idea bos aku Puan Siti Aminah dan team..Aku ni bidan terjun yg menyumbang beberapa kerat ayat time present tu..
Alhamdulillah..permulaan yang baik di opis baru. Satu kenangan yang indah. Doakan semoga aku terus berjaya mencipta kerjaya di tempat baru...Amin Ya Rabb...

Alhamdulillah...

* bertemu sahabat lama Siti Aishah di opis baru...Jejak Kasih la pulak..


Wassalam..


Teratak Qaseh Humaira

3 comments:

  1. moga terus success di tempat baru sahabatku...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sahabatku Adi..Afifa. Hilang di mata di hati jangan...

      Delete
  2. sahabat baru...tempat baru...bos baru...parking baru..komputer baru...pantri baru dan yang paling penting semangat baru buat kakakku yang tersayang.

    ReplyDelete