Followers

Friday 9 December 2016

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum sahabat blog yang dikasihi. Masih lagi mood baru di opis baru. Skop kerja blh dikatakan masih sama. Yang membezakan hanyalah bebanan tugas kerana opis baru ni kebanyakan urusan utama dibuat oleh HQ di pulau. Kami di daerah ni just uruskan benda yang kecik2 ja. Sebab tu la ada masa nak update blog. 

Hari ni nak story pasal opis baru yang  takdak kantin. Satu opis ada 7 orang ja. Tak berbaloi nak bukak kantin pun. Isu ni la yang plg major bagi aku coz aku ni bkn jenis yg suka2 start enjin pastu pi cari makanan. Rasanya tak lama lg "slim river" la aku ni gamaknya.

Kat opis lama dulu pagi2 aku dah trun kantin beli nasi goreng. Petang tak mkn pun dah ok sbb aku ni bknnya jenis pemakan sgt. Kat opis lama dulu, aku mmg x pernah nak sentuh biskut2 kering ni. Tak pandang langsung. Tapi skrg ni peneman aku biskut kering tu la. Biskut kering tu match dgn ayaq tea 'O' panas. Sedap sehingga menjilat jari..hehehe..

tengok biskut pun dah nmpk menarik..nyum..nyum..

Bila sebut psl biskut ni teringat kat "adik kecik" a.k.a Wahida. Dulu masa dia x kawen lagi, ptg2 dia mesti ajak aku mengeteh katanya. Siap buatkan ayaq teh 'O' panas lagi. Cepat betoi masa berlalu. Skrg ni wahida dok dlm pantang anak ke-2. Rindu sahabat2 lama di opis lama. Kenangan x mgkin dikikis. Yang tu la yg tinggal jd peneman aku. Dari meja opis baru ni, blh nmpak opis lama. Kadang2 nmpak kwn2. Terubat jgk rindu..huhu..

Walau mcmna pun hidup mesti diteruskan. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Perpisahan mengajar kita lebih menghargai apa yg ada di depan mata. Perpisahan lebih mematangkan kita. Insyaallah. Amin Ya Rabb..


Wassalam..


Teratak Qaseh Humaira



2 comments:

  1. Insha Allah..memory kita bersama akan tetap bersemadi di dalam sanubariku...huhu

    ReplyDelete