Followers

Monday 22 May 2017

LaMaNyA MeNyEPi...

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Assalamualaikum..terasa betapa lamanya x menaip kat sini sampaikan dah x tau nak mula dari mana..bulan yg agak busy dgn mcm2 benda yg berlaku..

entry hari ni dimulakan dgn kejadian pada Cuti 1 Mei (Hari Pekerja)..anak bujang cheq jatuh moto..cedera yg agak teruk di bahagian lutut yang menyebabkan MC selama seminggu..terpaksa berjalan dgn bantuan tongkat..

masa gambaq ni di snap, kami sekeluarga bersama emak dan ayah berada di Puchong Selangor menghadiri majlis perkahwinan sepupu..akibat daripada perjalanan yg jauh, kaki dia menjadi lebih teruk time balik tu..

 berkumpul ahli keluarga kat kenduri ni..kakak dari Melaka dan dan kami dari Perak..time ni la nak berkumpul pun kan..


bertolak pkl 8.30 pagi dari parit buntaq dan sampai balik ke parit buntaq pkl 7.45 malam..time pi mmg cepat, 3 jam saja..tp time blk amik masa 5 jam coz terpaksa berhenti merata disebabkan kaki anak bujang semakin teruk..balik tu kena sambung MC lagi 2 hari..setakat hari ni luka kaki belum pulih sepenuhnya..tapi dah mula kering..dah boleh berjalan macam biasa..dah boleh menyarung seluar panjang tanpa mengenakan balutan..Tp, solat masih lagi menggunakan bangku..Alhamdulillah..

 Kursus ISO di Kompleks Kehakiman Syariah, Penang

kesibukan bersambung dengan Kursus Kefahaman Keperluan Standard, Dokumentasi dan Audit Dalaman MS ISO 9001:2015 di HQ Jalan Batu Gantung Penang selama 3 hari mulai 15,16 dan 17 Mei 2017..kursus yg sgt stress coz terpaksa menghadap jem selama 3 hari..sampai ke rumah yg agak lewat dari biasa..tp sgt bersyukur kerana pada mulanya kursus ni sepatutnya bermalam di INTURA tetapi terpaksa cancel  berikutan permohonan peruntukan perbelanjaan tidak diluluskan oleh JKNPP..Alhamdulillah..

dalam kesibukan berulang ke kursus, terpaksa jgk memenuhi permintaan anak2 yg menyambut hari guru minggu tu jgk..humaira pada 16 Mei manakala muhamad pada 17 Mei.. balik kursus terus terjah mencari coklat dan bunga utk buat chocolate bouquet..lani kan trend benda alah ni..gubahan ni mmg simple ja coz masa yg ada sgt terhad..mana letih baru blk kursus dgn kena tidoq awai sebab nak kena kluaq rmh awai esok meredah jem p penang..

yg ni utk abang..

 yg ni utk adik..yg adik punya kecik skit saiz dia coz takut rosak sementara nk sampai kat tgn cikgu..hehehe..

Lawatan daripada Jabatan Penjara Kajang

Tanggal 18 Mei bersambung dgn kesibukan lawatan penanda aras EKSA oleh Penjara Kajang ke opis MRSSPS..persiapan makan dan minum mmg kami yg aturkan..bancuh ayaq sendiri..cuma makanan ja order dari luaq..pinggan, cawan dan garfu mmg x byk kat opis coz kami hanya 8 org kat sini..terpaksa bwk cawan dan alatan lain  dari rumah sorang skit..

 Cenderahati daripada Jabatan Penjara Kajang


Alhamdulillah..minggu ni kurang skit sibuknya..tp ada
Pertandingan  Shitsuke @ Workstation &  Pertandingan Bilik Stor & Inventori Paling Sistematik pada 24 Mei ni ...so, terpaksa buat persediaan menghadapi pertandingan ni pulak...
Minggu depan dah Ramadhan..aktiviti pun kurang..mgkin aku berkesempatan utk update blog ni...Insyaalllah...

bila Ramadhan tiba, makanya aku akan byk bercuti utk menghabiskan tempahan baju raya customer..dah x byk sebenaqnya coz aku x ambik byk tempahan kali ni..mgkin tahun depan akan stop blk ambik tempahan memandangkan semangat aku utk terus menjahit semakin merudum..dah cemuih agaknya...mgkin faktor usia jugak...
  sekian untuk kali ni..doakan agar aku diberikan kesihatan yg baik utk meneruskan tugasan sbgai isteri, ibu, penjawat awam dan hambaNya..Amin Ya Rabb...

Wassalam...





1 comment:

  1. Semoga kaki Mohamad cepat sembuh...wah..kak ida dpat member baru dari Jabatan penjara Kajang..hehe

    ReplyDelete