Followers

Monday 14 October 2013

PuAsA SuNaT 9 ZuLHiJJaH

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


  
Assalamualaikum...salam isnin utk smua yg sudi sggah ke blog TQH....hari ni hari Isnin bersamaan 9 Zulhijjah 1434....antara hari yg terbaik utk kita berpuasa iaitu Puasa Sunat Hari Arafah...

Puasa sunat Hari Arafah ini hanya disunatkan kepada mereka yang tidak mengerjakan Haji. Mereka yang sedang mengerjakan Haji tidak disunatkan berpuasa pada tarikh tersebut. Terdapat tegahan dari Nabi s.a.w. sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah” (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim).

Hari ‘Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya dari neraka iaitu pada hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).

Adapun disunatkan berpuasa pada hari tersebut, dalilnya ialah; hadis dari Abu Qatadah r.a. yang menceritakan;
وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ , فَقَالَ: يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ
Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda;
“(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang” (Riwayat Imam Muslim).
 
betapa bertuahnya kita yg masih bernafas hingga ke hari ini kerana masih lagi berpeluang untuk melaksanakan puasa sunat ini...disebaliknya terselit fadhilat yg sgt besar...semoga kita sentiasa memanfaatkan peluang yg telah diberikan oleh Allah ini selagi termampu...Aminnn....


dikesempatan ini, TQH ingin mengambil kesempatan utk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kpd smua....moga kita sentiasa dirahmati oleh Nya.....



Wassalam....
 

No comments:

Post a Comment