Followers

Thursday 8 December 2016

BuTTeReD PrAwN..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Assalamualaikum sahabat2 blog yang dikasihi. Sekian lamanya tak share resepi, hari ni nak share resepi yg aku masakkan utk pengantin (adik ipar) pada 4 Disember lalu. Rancangan asal nak masak menu lain..tetiba jadi menu lain bila mana yg membeli dan siangkan udang org lain. So, bila aku terima udang tu dah jadi bentuk lain. Semua janggut n ekoq dah kena potong. Bikin rosak ana punya program.

Akhirnya aku terpaksa la google apa yang sesuai dimasak mengikut bentuk udang yang aku terima. Hasil perbincangan dengan Encik Google, makanya kata sepakat kami ialah Buttered Prawn (udang goreng butter) Kebanyakan resepi dan cara2 sama saja.

Buttered Prawn


Udang Goreng Butter/Buttered Prawn 

Oleh: Azie Kitchen
 
Sarang telur:

2 biji kuning telur

1 senduk butter/margerin

1 cawan minyak masak
Pukul ringan kuning telur. 

Panaskan butter/margerin bersama minyak masak. Sebaiknya gunakan senduk bulat. Bila minyak dalam kuali sudah betul betul panas, pusing pusingkan minyak dengan senduk tu laju laju membentuk bulatan sehala tanpa henti.
Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit supaya telur jatuh ke dalam kuali tu halusss jer. Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak berwarna keemasan. 


Udang:

12 ekor udang 

Sedikit garam

Sedikit lada sulah

Minyak untuk menggoreng 

3 ulas bawang putih - dicincang

6-8 tangkai cili padi - dihiris

5 tangkai daun kari

1/4 cawan susu cair/susu segar

Sedikit butter/margerin untuk menumis

Sedikit serbuk lada hitam/putih - jika suka

Garam secukup rasa

Mula mula goreng dulu udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga agak berubah warna dan masak. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantik dan agak keras bila dimakan. Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi.
Panaskan butter/margerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau. 

Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar. Masukkan udang yang digoreng tadi, sedikit serbuk lada hitam/putih dan garam secukup rasa. Jangan bubuh banyak sangat garam yer sebab butter atau margarine sudah ada garam.

Setelah semua bahan masak dan mesra, bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan sarang telur/floss yang kita buat tadi. Siap.
First time buat dah dpt sambutan dr anak2 kat rumah..dinner smlm request by ayahnya plk..
p/s :kredit to Azie Kitchen 

Wassalam..


Teratak Qaseh Humaira
 
 

1 comment: