Followers

Monday 9 December 2013

Nasi Arab Mandy...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

NASI ARAB MANDY


Bahan-bahannya:

4 cawan Beras Basmahthi Panjang- rendam dulu selama 20 minit
4 cawan Air/ air rebusan daging
1/2 Cawan Minyak Zaitun
1 sdm Serbuk jintan Manis
1 sdm Serbuk Jintan Putih
1 sdm Serbuk Ketumbar
1 sdk serbuk kunyit
2 sdm Gula 
3 sdm Garam
1 ketul kiub ayam

bahan tumis:
1 labu bawang besar
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih

Cara:
1. Panaskan minyak zaitun dan masukkan bahan tumis. Tumis sampai wangi.
2. Tuangkan air dalam periuk. Tunggu mendidih. Masukkan semua bahan lain kecuali beras.Kacau sampai sebati.
3. Tuangkan beras dan pastikan air mencukupi.
4. Masak seperti biasa menggunakan Rice Cooker.
5. Buatkan lubang ditengah nasi. Masukkan kayu arang (bara) yg telah dibungkus dgn alumunium foil.
6. Tutupkan periuk dan tunggu hingga nasik masak.

TIP: UNTUK MENAMBAHKAN AROMA PADA NASI BOLEH MASUKAN IKATAN DAUN PANDAN,HIRISAN HALIA,HIRISAN BAWANG MERAH DAN BAWANG PUTIH.

NASI MANDY INI BOLEH DI HIDANG DENGAN AYAM PANGGANG ATAU KAMBING PANGGANG BEREMPAH DAN TOMATO SALATA.


Sos Salata:

Bahan-bahan:

2 biji tomato
1/2 biji bawang besar
2 biji cili besar
5 tangkai cili padi
sedikit daun ketumbar
sedikit garam
Jus dari buah lemon.
Cara penyediaan:

Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja.
Jangan sampai terlalu hancur. Siap dimakan.


selamat mencuba....


wassalam....




No comments:

Post a Comment