Followers

Monday 2 December 2013

Pai Epal Ala Mc D...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Pai Epal McD


Bahan-bahannya: (dpt 10 biji)
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan mentega yg mesti dlm keadaan beku
1 sd teh garam
1/2 cawan air sejuk

Bahan inti:
2 biji epal hijau - kupas kulit dan potong dadu
1/3 cawan gula perang
2 sd besar gula pasir
1/2 sd teh serbuk kayu manis

Cara-caranya:
Untuk Inti:
  • Campurkan epal, gula dan serbuk kayu manis ke dalam kuali. 
  • Masak menggunakan api yang kecil hingga epal lembut.
  • Lenyek 1/4 epal dengan garfu, selebihnya biar berketul. Ke tepikan.
Untuk Kulit Pie:
  • Ayak tepung. Masukkan garam. Potong mentega yang masih beku dlm bentuk kiub.
  • Gaul mentega dengan tepung menggunakan hujung jari, ramas smpai jd serbuk roti.
  • Masukkan air dan gaul dengan garfu.
  • Canai atas papan. Potong panjang 8 cm dan lebar 6 cm. 
  • Letakkan inti di tengah pastry. Gunakan air sejuk di tepi pastry dan lipat. Kemudian tekan dengan garfu di sekeliling pastry agak2 setengah inci.
  • Panaskan minyak dalam kuali menggunakan api sederhana besar. 
  • Goreng pie satu persatu hingga masak dan kekuningan.
  • Toskan atas tisu dapur supaya serap minyak.
  • Sedia untuk dihidangkan. Sedap makan semasa panas-panas.


No comments:

Post a Comment