Followers

Tuesday 26 November 2013

IkHLaS KaH AkU...????

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum....akhir2 ni kita sering dihidangkan dgn kisah seorang Pemuda, Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam...siapa kah pemuda ini yg sepanjang hidupnya tidak dikenali....namun pemergiannya meninggalkan impak yg sgt besar kpd umat Islam hari ni...menjadi sebutan dan sanjungan di bumi asing....sedangkan kita di sini pun tidak pernah mengenalinya sblm ini....boleh tgk biodata Ahmad Amar kat sini

bila kita tgk personaliti Ahmad Ammar ni, x dak la plk dia pakai jubah ka...serban ka...tp, keberibadian dia Masyaallah....hanya Allah yang tahu...hebatnya dia sehingga peluh masih lg keluaq saat sudah dikafankan....Subhanallah....moralnya, jgn pandang rendah kat org lain...kita x berhak menilai....

apa yg blh kita ringkaskan kat sini...Ahmad Ammar seorang yg sgt ikhlas....x prnah riak atau bangga dgn apa jua yg dia lakukan...smua dilakukan kerana Allah yg satu....bagaimana plk dgn kita...???

 ehsan Mr. Google

Ikhlas...salah satu dr sifat mahmudah....walaupun nmpak mudah dan simple...namun, tanpa x sedaq kita jauh drpd sifat mulia ni...tambahan pulak di akhir zaman ni, kebanyakan kita agak riak dlm setiap perbuatan dan amalan seharian kita...buat amalan sikit, kita post dlm FB, Instagram, tweeter....bgn solat Tahajjud, post dlm FB....puasa sunat masuk dlm FB...bila difikirkan, apa sebab kita buat mcm tu...untuk apa...???

apatah lagi dlm beribadah...kita merasakan yg kita ni dh hbs baguih dah....tp, balik semula kat ayat2 Al-Quran....jgn sekali2 biaqkan kiat hanyut...lawan kpd Ikhlas ialah riak...Nauzubillah.....

apa yg ada di bwh ini adalah research dr mr. google...al-maklumlah, diri sendiri x pandai mana pun....

Perkataan RIAK maksudnya ialah seseorang yang berlagak atau angkuh dalam sesuatu perkara dan dalam sesuatu keadaan

Menurut Rasulullah SAW, ada tiga penyakit yang akan menghancurkan AMALAN seseorang iaitu antaranya ialah takbur atau sombong(RIAK)

Imam al-Ghazali dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' berkata, takbur akan menjadi batas pemisah antara seseorang dengan kemuliaan akhlak. Orang takbur akan selalu mendustakan kebenaran, menganggap rendah orang lain dan meninggikan dirinya. Sedikit saja di hati ada sikap takbur, maka syurga akan menjauh, AMALAN tidak

mempunyai erti.



Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada sikap takbur walaupun sebesar debu.” (Hadis riwayat Muslim)

Riak atau beramal kerana mengharap pujian orang lain. Riak adalah tingkatan terendah daripada AMALAN. Rasulullah SAW menyebutnya syirik kecil yang juga boleh menghapuskan kebaikan
.

Allah tidak akan menerima suatu AMALAN yang dalamnya ada seberat debu saja perasaan riak. Hadis qudsi mengungkapkan bagaimana murkanya Allah kepada orang yang riak dalam amalannya.

Pada hari kiamat Allah berfirman, ketika semua manusia melihat catatan amalannya, “Pergilah kamu semua kepada apa yang kamu jadikan harapan (riak) di dunia. Lihatlah apakah kamu semua memperoleh balasan daripada mereka.” (Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi)




Firman Allah yang bermaksud: “Maka kecelakaanlah bagi orang yang solat (iaitu) orang yang lalai dari solatnya dan orang berbuat riak.” (Surah al-Maa'um, ayat 4 - 6)


Bagaimana nak hilangkan sifat takbur..??

Menurut Iman Ghazali, terdapat beberapa panduan untuk mengelakkan sifat takbur:


1. Apabila berjumpa kanak- kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak- kanak belum dibebani dosa.




2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah juga mereka lebih mulia kerana lebih beribadah daripada kita.




3. Ketika berjumpa orang alim, anggaplah beliau lebih mulia kerana banyak ilmunya.





4. Apabila berjumpa dengan orang jahil, anggaplah juga mereka lebih mulia kerana berbuat dosa disebabkan kejahilan, sedangkan kita berbuat dosa dalam keadaan kita mengetahuinya.






5. Ketika berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakanlah mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu akhirnya.



6. Begitu juga ketika bertemu orang kafir. Katakan,belum tentu dia akan kafir selama- lamanya.






sama2 lah kita berpesan utk diri sendiri dan orang lain....semoga hari esok lebih baik dari hari ini...Insyaallah....


wassalam...

2 comments: