Followers

Tuesday 12 March 2013

Kek Cheese Bersalji

Dengan Nama Allah Yang Maha pemurah Lagi Maha Mengasihani

Salam...tetiba ja tringin nak makan kek cheese bersalji...ni gara-gara mesyuarat agong PUSPANITA peringkat Negeri Pulau Pinang di Dewan Sri Pinang pd 28/2/2013 yang lepas...kat sana aku terbeli kek cheese nih...sedap gila...anak2 berebut kek yg x sebesaq mana tuh...

At last, Encik Suami suruh aku buat...aku n member opis (farah),  memaksa encik google mencari resepi kek ni...akhirnya...kami jumpa kat www.secubitgaramnor67.com .Aku pun kalut la p beli smua ingredient kat Billion Supermarket, PB...nasib la smua ada...x susah nk cari...ni la kek nyer...





KEK CHEESE BERSALJI
resepi : Sherry mz@MyR
sumber: Kzai@Teratakimpian
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
UNTUK KEK:
6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
100 gram gula halus
100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga) -tepung gandum pun boleh
60 gram tepung jagung (maizena)
50 gram air sejuk (dr peti ais)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovelet
75 gram mentega (dicairkan)

UNTUK KRIM:
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis- (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2)

UTK TOPPING:
1/2 kotak kraft cheddar cheese (diparut)

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian (aku gunakan benang).
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.


Inilah hasil kek yang berjaya aku buat...walaupun terpaksa melalui pelbagai rintangan (oven tetiba rosak-blackout satu rumah)...terpaksa lari p rumah mak utk meneruskan proses pembakaran...heheheh...





tak sabaq nak ngap... x sampai sehari dah licin...sedap sungguh (bukan perasan-kenyataan)...ntah bila plk nak buat lagi...


v

v

v


wassalam......bye..bye...

1 comment: